Motosikal

HONDA AFRICA TWIN 2020 BAKAL DILENGKAPI ENJIN LEBIH BERKUASA

SHARE

Honda dilihat sentiasa bekerja keras untuk memastikan produk keluarannya dapat memenuhi selera semasa pengguna. 

Justeru, penambahbaikan dari segi rupa, peningkatan enjin dan pakej elektronik perlu dilakukan secara konsisten.

2018 Africa Twin

Terbaharu, media Jepun melaporkan bahawa Honda kini sedang sibuk membangunkan model adventure, Africa Twin serba baharu ke pasaran. 

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Harus tahu, Honda baru sahaja menambah baik Africa Twin tahun lalu untuk menjadikannya sebuah motosikal yang lebih berkeupayaan di laluan off-road. 

Jentera baharu itu dikatakan bakal menerima enjin baharu yang lebih berkuasa, rekaan menarik dan dilengkapi pelbagai teknologi tunggangan elektronik. 

Sesaran enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro5 itu dinaikkan menjadi 1080cc (sebelum ini 998cc).

Sekali gus meningkatkan kuasanya menjadi sekurang-kurangnya 100hp berbanding 95hp sebelum ini dengan tork maksimum 93.1Nm. 

Khidmat transmisi klac berkembar (DCT) akan terus digunakan. Cuma kali ini Honda akan memastikan ia lebih lancar, selesa dan tahan lasak. 

Masih tidak dapat dipastikan sama ada rangkaian kuasa baru itu akan lebih menjimatkan bahan api atau sebaliknya. Untuk makluman, penggunaan bahan api Afrika Twin sekarang adalah sekitar 20km/l atau lebih 400km bagi setangki penuh. 

Reka bentuk baru pula membolehkan Honda menambah kapasiti tangki daripada 18.8 liter menjadi 20 liter. 

Ciri-ciri baru lain termasuklah fungsi kunci pintar yang nyata memudahkan penunggang untuk memulakan perjalanan. Di samping paparan warna FT, ketersambungan Bluetooth, sokongan multimedia dan navigasi GPS. 

Motosikal itu dijangka membuat penampilan pertama pada acara Tokyo Motor Show 2019 dan EICMA di Milan, Itali  hujung tahun ini. 

Tags
Google ads
Back to top button