Buletin

VOLKSWAGEN VENTO KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN!

Volkswagen Malaysia kini sudah membuka tempahan untuk Volkswagen Vento baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ditawarkan dalam tiga varian iaitu Highline, Comfortline dan Trendline, Vento (Polo Sedan) itu menawarkan prestasi terbaik dan ciri keselamatan termaju. Gril krom dan garis kontur badan yang baru memberikan Vento penampilan yang lebih bergaya dan elegan.

Menjadi satu-satunya sedan yang dikuasakan oleh enjin turbo dalam kelasnya, Vento Highline dijana oleh enjin bersesaran 1.2 TSI yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 105PS.

Ia dipadankan dengan kotak gear berkembar DSG tujuh kelajuan baharu untuk menawarkan tork maksimum 175Nm pada putaran enjin 1,500rpm hingga 4,100rpm.

Biarpun impresif dari segi prestasi, aspek keselamatan bagaimanapun tidak diabaikan. Varian Vento Highline baharu telah menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia dilengkapi ciri Electronic Stability Control (ESC), empat beg udara (hadapan dan sisi), sistem brek anti kunci (ABS), Crash Response System (ICRS) serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

Sedan ini didatangkan dalam lima warna iaitu putih, merah, perak, kelabu dan hitam. Harganya? Bermula dari RM80,000 hingga RM90,000 seunit.

 

Google ads
Back to top button