Motosikal

TUNGGANG UJI – KAWASAKI ER6N

Realiti nombor satu ialah Kawasaki ER6N telah mengubah lanskap pasaran motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Kawasaki-ER6N-mekanika (8)

Sebelum ini, tiada pengedar/pengeluar yang benar-benar serius dalam memasarkan produk ‘up market’ kerana motosikal dianggap pengangkutan murah. Mana-mana motosikal berkuasa tinggi dilabel sebagai produk mewah untuk golongan elit.

Kawasaki Malaysia membuktikan sebaliknya. Pengaruh yang ditinggalkan oleh ER6N juga yang menyebabkan pengeluar lain mula buka mata. Apabila ER6N model CKD Thailand diperkenalkan pada harga semurah RM28,000 ia jadi fenomena sejagat.

BACA – TUNGGANG UJI VERSYS 650

BACA – TUNGGANG UJI YAMAHA MT-09

BACA – TUNGGANG UJI BENELLI TNT300

Ia menyedarkan Yamaha, Honda, Suzuki, KTM, Ducati, Triumph dan hampir semuanya. Mereka mula sedar bahawa pasaran motosikal berkuasa tinggi pada harga sebegitu memang besar.

Lama sebelum kehadiran XJ6, MT07, Duke dan 795, Kawasaki telah membina empayar yang sukar dikalahkan. Walaupun spesifikasinya tewas di atas kertas, Kawasaki memenangi hati pembeli kerana rekod selepas jualannya. Dengan rangkaian pusat servis dan pengedar terbesar, sukar untuk menidakkan reliabiliti produk mereka.

Kawasaki-ER6N-mekanika (4)

ER6N ialah sebuah motosikal ‘basic’. Walaupun tidak signifikan, Kawasaki berjaya menghasilkan naked 2 selinder yang memenuhi kehendak pasaran. Ia boleh ditunggang oleh pelumba profesional Jorge Lorenzo atau personaliti seperti Yuna. Ia benar-benar naked yang mudah dikendali, hampir oleh sesiapa sahaja.

Pertama kali saya menunggang motosikal ini ialah pada tahun 2007 ketika menjadi penulis jemputan di sebuah akhbar tempatan. Model pemasangan Jepun itu hadir ketika pasaran masih lagi tandus dengan motosikal berkuasa tinggi.

Kawasaki-ER6N-mekanika (7)

Motosikal recond belum meluas (cuma ada daripada Naza). Pengedar tidak bawa masuk model naked dengan JAMINAN pengeluar. Tapi Kawasaki sudah ada pengalaman dengan model KLX dan KLR. Ketika itu pasaran naked/Dual Purpose/Supermoto itu banyak didominasi Aprilia dan Kawasaki.

Model terbaru ER6N masih mengekalkan falsafah “If it ain’t broke, don’t fix it” (Jika tidak rosak, jangan baikinya). Apa yang saya suka tentang idea sebuah naked ialah pengendalian yang mudah.

Kawasaki-ER6N-mekanika (10)

Reka bentuk asasnya masih sama tetapi menerima pembaharuan seperti lengan ayun belakang dengan rekaan paip berkembar. Saluran paip ekzosnya sedikit panjang dan ini berjaya menyebarkan tork dengan lebih baik.

Rekaan kontur badan pula menampilkan kerangka yang lebih kurus dan bar hendal 20mm lebih lebar. Secara tak langsung, pelananya lebih nipis dan rendah. Sekali gus memudahkan tunggangan mereka yang bertubuh kecil.

Kawasaki-ER6N-mekanika (6)

Bentangan meter dan lampu hadapan diperbaharui. Tapi agak kecewa juga sebab masih tiada indikator kedudukan gear.

Enjin 2 selinder 649cc itu berupaya menghasilkan 72.1PS dan tork 64Nm. Angka yang tak terlalu mengagumkan untuk enjin dua selinder paralel, tapi pendikitnya cukup responsif.

Kawasaki-ER6N-mekanika (5)

Jurutera enjin nampaknya fokus pada agihan tork berbanding memetanya ke puncak dengan cepat. Ia sebuah enjin yang direka untuk membolehkan motor ditunggang dengan pelbagai cara.

Reka bentuk pelana, sudut tunggangan dan posisi bar hendal menjadikannya antara naked paling selesa pernah saya uji. Dari segi pecutan, ia mungkin tewas dengan MT-07, tetapi dari sudut keselesaan, ia lebih cenderung ke sebuah touring.

Kawasaki-ER6N-mekanika (1)

Membonceng juga lebih praktikal dengan sepasang grab rail yang dipasang di kiri dan kanan.

Tunggangan dalam bandar tidak langsung membuatkan anda rasa seperti mengendalikan mesin 650cc. Ia sangat lincah dan mudah menukar arah. Enjin pula tak rasa panas walapun tersekat dalam kesesakan.

Kawasaki-ER6N-mekanika (14)

Tunggangan di lebuh raya lebih santai. Walaupun diperah sehingga 180km/j,  mengagumkan, ia sangat stabil. Kecuali rempuhan angin yang terasa menghempas visor helmet. Memang itulah karekter sebuah naked tanpa penghadang angin depan. Saya rasa sekeping windsheild aftermarket boleh membantu.

10 tahun di pasaran, (8 tahun versi CKD) ER6N sebenarnya telah merintis jalan ke arah kepelbagaian jenis motosikal yang berpotensi dipasarkan. Dari dulu, kita memang tiada pilihan motosikal mampu milik. Ini ialah petikan tulisan saya 8 tahun lepas:

Kawasaki-ER6N-mekanika (12)

“Berani saya katakan, ia bakal menjadi motosikal ‘kebangsaan’ Malaysia tidak lama lagi. Dilema yang membelenggu peminat motosikal tempatan sebelum ini ialah ketiadaan model yang memenuhi ruang antara sebuah sportbike, moped dan motosikal kecil”

Walaupun kini telah disaing hebat oleh MT-07, CB500, Duke, Gladius dan beberapa jenama bukan Jepun, ER6N masih mampu mengumpul peminatnya. Hari ini, pasaran motosikal adalah paling meriah dengan semua jenama membanjiri pasaran.

Kawasaki-ER6N-mekanika (11)

Itu beri kita kelebihan sebagai pembeli. Pada harga RM34,500 dan 3 tahun jaminan tanpa had, ER6N adalah salah satu pilihan dalam segmen naked yang sukar diketepikan.

Kalau dulu ER6 bersendirian, kini segmen 2 selinder 600cc sudah begitu banyak opsyen. Ada Yamaha MT-07 yang dijual pada harga RM35,300, MT-09 berharga RM43,300, CB500F RM30,500, Aprilia Shiver750 RM36,500 dan KTM Duke 690 RM43,000. Semuanya versi CKD yang mendapat insentif pelepasan cukai.

Kawasaki-ER6N-mekanika (16)

Untuk memilih mana yang terbaik perlukan lebih dari setakat membaca laporan pandu uji. Anda perlu cuba ride setiap model ini kerana setiap rider ada karekter yang berbeza. Cara tunggangan, kemahiran dan kecenderungan setiap orang berbeza dan sudah tentu akan mempengaruhi model yang nak dibeli.

Google ads
Back to top button