Buletin

VOLVO JALANKAN PENSTRUKTURAN SEMULA, LEBIH SERIBU PEKERJA BAKAL HILANG MATA PENCARIAN

Kira-kira 1,300 orang pekerja kolar putih di Sweden bakal hilang mata pencarian apabila Volvo dilapor akan menjalankan langkah penstrukturan semula bagi pengoptimuman kos dan kecekapan sumber.

Angka tersebut mewakili enam peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja di negara Scandinavia tersebut.

Biarpun sukar untuk diterima, Volvo dalam satu kenyataan menjelaskan langkah tersebut adalah perlu untuk mencapai penjimatan kos yang diperlukan untuk era elektrifikasi.

Jim Rowan, CEO Volvo Cars memberitahu Reuters mereka masih lagi belum tahu seberapa banyak penjimatan yang bakal dicapai menerusi langkah tersebut.

Selain Sweden, Volvo juga dijangka akan melaksanakan langkah yang serupa bagi mengurangkan kos operasi di peringkat global dalam tempoh beberapa bulan akan datang. – Reuters

Google ads
"
"
Back to top button