Artikel Pilihan

YOUTUBER TERBUNUH DALAM CUBAAN LEPASI 300 KM/J – HATI-HATI MENUNGGANG GAIS

YouTuber permotoran terkenal di India, Agastay Chauhan terbunuh dalam satu kemalangan dalam perjalanan dari Agra ke Delhi, India. Laporan pihak berkuasa menyatakan beliau sedang menunggang dengan kelajuan 300 km/j sewaktu kemalangan. Bayangkan betapa dahsyat kemalangan yang belaku.

Chauhan dikatakan terlanggar pembahagi jalan sebelum hilang kawalan sekaligus hilang nyawa. Perlanggaran yang berlaku sangat dahsyat sehingga motosikal yang ditunggang beliau berkecai dan topi keledar keselamatan yang dipakai pecah berderai. Chauhan mengalami kecederaan parah dan meninggal di tempat kejadian.

Menurut satu lagi sumber media, The Tribune, sewaktu kemalangan Chauhan sedang merakam perjalanan beliau dan berhasrat mencecah kelajuan 300 km/j. Bahkan beliau juga ingin menguji sama ada boleh melangkaui kelajuan tersebut (sangat aksi yang tidak wajar ditiru okey).

Polis menyatakab Chauhan sedang berkonvoi bersama lima orang lagi penunggang motosikal sewaktu kemalangan.

Chaunan merupakan pengasas saluran Youtube PRO RIDER 1000 di mana beliau selai memuatnaik motosikal-motosikal berkuasa tinggi. Seorang yang sangat menggemari kelajuan dan sempat memuatnaik video beliau mencecah kelajuan 279 km/j tiga hari sebelum kejadian.

Saluran Youtube Chauhan memiliki 1.29 juta subscriber dan beliau telah memuatnaik sejumlah 189 video dari awal sehinggalah tiga hari sebelum kematian beliau. Beliau menunggang pelbagai jenis motosikal tetapi paling banyak dimuatnaik ialah superbike Kawasaki Ninja ZX-10R milik beliau sendiri.

Polis India mengingatkan orang ramai supaya menunggang dengan lebih cermat dan bertanggung jawab. Pihak berkuasa juga menggesa orang ramai agar mengelak dari memandu/menunggang terlalu laju di jalan raya umum.

Google ads
Back to top button