Buletin

VOLVO LANCAR PUSAT PAMERAN BERSEPADU DI JALAN SYED PUTRA

Tahukah anda? Volvo Car Malaysia menerusi Federal Auto Holding sudah beroperasi di Malaysia sejak tahun 1960 lagi. 3 tahun selepas merdeka, Volvo adalah antara jenama terawal yang dipasarkan di sini.

Menyambut ulangtahunnya yang ke 56, Volvo Malaysia telah mengorak langkah baru dengan perpindahan pusat pameran bersejarah mereka yang terletak di tepi Lebuhraya Persekutuan berhampiran pusat membeli belah Mid Valley.

volvo showroom (3)

Kurang 1 kilometer dari lokasi tersebut, Volvo Malaysia mendapat rumah baru di menara MBMR yang telah dibina berdasarkan konsep terkini jenama Sweden itu. Apa yang dikenali sebagai Volvo Retails Experience (VRE) adalah konsep yang akan memberi pengalaman membeli dan memiliki sebuah kereta Volvo.

Konsep ini bukan sahaja sekadar pusat pameran, namun ia mengutamakan ambien yang berbeza berbanding pesaing mereka. Ia merangkumi keluasan sebanyak 16,685 kaki persegi. sebanyak RM10 juta telah dibelanjakan untuk konsep VRE baru ini.

volvo showroom (2)

Jadi apa yang lainnya? Ia dibahagikan kepada kawasan utama. Kawasan pameran atau show room menggunakan 40 peratus ruang sedia ada yang sebenarnya dipanggil dengan istilah “living room” dengan kemudahan wifi, kopi yang dihiasi perabot buatan Denmark.

Sementara 60 peratus lagi meliputi kawasan “street” yang mempamerkan rangkaian kereta baru Volvo. V40 Drive E yang saya sangat suka pun ada kat situ. Kalau berminat, bolehlah datang-datang window shopping minum kopi pun tak apa.

 

Google ads
Back to top button