
VOLVO SECRET SALE BERLANGSUNG 14 DAN 15 NOVEMBER, REBAT SEHINGGA RM70,000 MENANTI PEMBELI
Volvo Car Malaysia kembali menganjurkan kempen Volvo Secret Sale selama dua hari pada 14 dan 15 November ini, menawarkan pelbagai insentif pembelian termasuk rebat tunai sehingga RM70,000 serta potongan tambahan khas bagi model terpilih.
Berlangsung di semua bilik pameran Volvo seluruh negara, kempen itu memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan penjimatan lebih tinggi menerusi tawaran sedia ada yang ditambah dengan rebat eksklusif sepanjang acara berkenaan.
Antara model yang ditawarkan ialah Volvo XC90 dengan rebat tunai sehingga RM70,000, manakala SUV Volvo XC60 pula hadir dengan rebat sehingga RM55,000. Kedua-dua model itu turut layak menerima rebat tambahan sepanjang Volvo Secret Sale.

Bagi pelanggan yang berminat dengan kenderaan elektrik (EV), Volvo EX30 Cross Country ditawarkan pada harga bermula RM185,000.
Model itu terhad kepada 50 unit sahaja dan disertakan rebat tunai RM21,000, selain peluang mendapatkan potongan tambahan menerusi kempen berkenaan.
Tawaran lain turut melibatkan rangkaian kenderaan elektrik Volvo seperti berikut:
- Volvo EX30 Ultra Single: Rebat tunai RM30,888.
- Volvo EC40 Single Motor: Rebat tunai RM30,000.
- Volvo ES90: Rebat tunai RM41,000.
- Volvo EX90: Rebat tunai RM29,000.
Selain insentif pembelian, Volvo Car Finance turut menawarkan pakej pembiayaan dengan kadar faedah serendah dua peratus serta kelulusan pinjaman pada hari sama, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan boleh membuat pendaftaran awal menerusi laman web rasmi Volvo Car Malaysia. Selepas pendaftaran, kod QR akan diberikan untuk ditunjukkan di bilik pameran bagi mendapatkan tawaran rebat tambahan sepanjang kempen.
Volvo Secret Sale berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada 14 dan 15 November 2026 di semua pengedar Volvo seluruh negara.
Tempahan janji temu boleh dibuat menerusi laman web https://volvocarmalaysia.com/secret-sale.









