
VOLVO MAHU BANGUNKAN CROSSOVER BAHARU, DUDUK ANTARA XC60 & XC90
Volvo pada ketika ini mempunyai barisan crossover mewah yang cukup lengkap, bermula dari segmen C (XC40 & C40), diikuti crossover saiz pertengahan (XC60) dan SUV saiz penuh (XC90).
Namun menurut laporan terbaharu daripada Automotive News, Volvo dilapor akan membangunkan sebuah crossover elektrik serba baharu di kilang South Carolina bermula seawal tahun 2025.
Tidak banyak info yang didedahkan, namun dengan memetik sumber yang rapat dengan perancangan Volvo, crossover dengan kod nama V546 itu akan dibangunkan menggunakan platform EV serba baharu dan diposisikan antara model XC60 dan XC90.
Selain daripada itu, ia juga akan turut menampilkan sistem bantuan pemandu termaju.
Dalam perkembangan terdahulu, Volvo (dan juga Polestar) sebenarnya sedang membangunkan crossover elektrik kecil di mana ia akan diposisikan di bawah dua model XC60 dan XC90, selain menampilkan elemen rekaan daripada model Concept Recharge.
Dengan pengenalan model baharu ini, ia adalah selari dengan hasrat pengeluar itu untuk menjadi jenama EV sepenuhnya menjelang 2030, dan mensasarkan separuh daripada jualan kenderaan pada pertengahan dekad ini adalah EV semata-mata.
Sumber: Automotive News