Buletin

SINGAPURA NEGARA PALING MAHAL NAK BELI EV, MACAU PALING MURAH

Secara relatifnya, kereta elektrik masih lagi dikategorikan sebagai kenderaan yang agak mahal untuk dimiliki, disebabkan penggunaan yang masih belum meluas, dan hanya negara-negara tertentu sahaja yang menyediakan infrastruktur yang mampu menyokong penggunaan EV selengkapnya.

Laman web Confused.com baru-baru ini telah membentangkan kajian berhubung lokasi yang paling murah untuk memiliki sebuah kereta elektrik, serta lokasi yang paling mahal untuk membeli sebuah EV.

Portal tersebut telah memilih Tesla Model 3 sebagai penanda aras bagi EV yang ‘mampu milik’ dan mendapati harga yang paling murah boleh didapati untuk Model 3 adalah di Macau, dengan kos bersamaan $40,382 (RM169,261).

Selain daripada Macau, negara-negara lain yang menawarkan kos pemilikan EV yang rendah adalah China, Romania, Jepun, Perancis, Norway, Switzerland, Puerto Rico, Amerika Syarikat dan juga Iceland.

Dalam masa yang sama, Confused.com turut menyenaraikan lokasi negara yang paling mahal untuk membeli sebuah EV, dan Singapura mendahului senarai sebagai lokasi yang paling mahal untuk membeli sebuah Tesla Model 3 ($83,489 atau RM349,944), diikuti Israel, Sweden, Czech Republic, Denmark, Luxembourg, Portugis, Taiwan, Netherlands dan United Kingdom.

Sumber: Confused.com

Google ads
"
"
Back to top button