Buletin

VOLVO V60 CROSS COUNTRY 2018 – BOLEH BAWA MASUK OFF-ROAD

Volvo Cars baru-baru ini memperkenalkan versi Cross Country untuk wagon V60 keluarannya.

Untuk makluman, Cross Country ialah satu varian yang lebih rugged dan telah diperkenalkan sejak tahun 1997 lagi. Ia dibezakan melalui keupayaan menempuh laluan off-road, selain ditambah beberapa aksesori lain.

Volvo Cars Malaysia pernah membawa varian Cross Country untuk model V40. Namun sambutannya tidaklah terlalu menggalakkan. Ini membuatkan varian tersebut akhirnya digugurkan.

V60 Cross Country mempunyai jarak kelegaan tanah 75mm lebih tinggi berbanding model standard. Ini kerana ia menggunakan chasis dan suspensi yang dibangunkan khas. Jentera itu juga didatangkan dengan ciri-ciri seperti Hill Descent Control, Electronic Stability Control, Corner Traction Control dan mode pemanduan Off-road istimewa sebagai standard.

“Dengan V60 Cross Country, kami memba sebuah wagon keluarga ke satu habitat lain. Kami menghasilkan segmen Cross Country lebih 20 tahun lalu serta mengekalkan aspek keselamatan, keupayaan dan versatilitinya,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Cars, Håkan Samuelsson.

Tipikal sebuah Volvo, model itu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan. Antaranya ialah Autobraake, sistem Pilot Assist, Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation, Cross Traffic Alert dan banyak lagi. Sekali gus menjadikannya antara kereta paling selamat di atas jalan raya.

Sistem infotainmen Sensus Connect pula hadir dengan ciri Android Auto, Apple CarPlay dan 4G. Sementara skrin sentuhnya menggabungkan ciri kenderaan, navigasi, ketersambungan dan aplikasi hiburan.

Di United Kingdom, V60 Cross Country didatangkan dengan pilihan enjin diesel D4 AWD, mild hibrid dan plug-in hybrid.

GALERI

Google ads
Back to top button