
VPCM MULAKAN PROGRAM VENTO TURBOCHARGED TOUR
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dijadual menganjurkan program Vento Turbocharged Tour yang akan diadakan di 11 lokasi terpilih seluruh negara.
Berpegang kepada falsafah Volkswagen bahawa kereta perlu dipandu sendiri dan bukan melalui penerangan semata-mata, siri jelajah itu memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai kuasa enjin pengecas turbo pada Vento.

Mereka juga akan diajar dengan asas keselamatan kereta dan kemahiran memandu. Ini termasuklah cara duduk dan memegang stereng dengan betul. Di samping brek kecemasan, kemahiran pemanduan defensif dan slalom. Keterujaan semakin bertambah apabila orang ramai boleh mengambil bahagian dalam beberapa sesi aksi stunt.
Vento dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1.2l TSI dengan sistem pancitan terus bahan api yang dipadankan dengan kotak gear automatik DSG tujuh kelajuan. Vento juga menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia dilengkapi pelbagai sistem keselamatan termasuklah Electronic Stability Control (ESC).

Orang ramai boleh memandu uji model-model Volkswagen yang lain serta menikmati tawaran istimewa jika membuat tempahan sepanjang siri jelajah tersebut.
Perincian mengenai tiga siri jelajah adalah seperti berikut:
| Tarikh/Masa | Lokasi |
| 18 – 19 Mac
(10.00am – 7.00pm) |
Aeon Bukit Tinggi, Klang |
| 13 – 14 Mei
(10.00am – 7.00pm) |
Mydin Ayer Keroh, Melaka |
| 29 – 30 Julai
(10.00am – 7.00pm) |
Stadium Darul Makmur, Kuantan |
BACA: 4 FAKTA YANG BOLEH MENGUBAH PERSEPSI ANDA TERHADAP VW VENTO







