Buletin

WRC 2025 – AKHIRNYA KALLE ROVANPERA MENANG DI BUMI SENDIRI FINLAND

Pemandu kelahiran Finland yang juga mantan juara WRC dua kali, Kalle Rovanpera bersama juruarah Jonne Halttunen  mengakhiri penantian selama lapan tahun untuk muncul sebagai pemenang di Secto Rally Finland selepas mempamerkan pemanduan yang handal dan bergaya.

Duo dari Finland itu berjaya mendominasi untuk perlumbaan terpantas bagi perlumbaan FIA World Rally Championship dengan mencatatkan purata kelajuan 129.95 km/j meliputi empat hari perlumbaan dengan kelebihan 39.2 saat.

Kejayaan yang diraih Kalle Rovanpera sebenarnya tidak dilihat berakhir di situ sahaja, malah lebih menggembirakan apabila pasukan Toyota Gazoo Racing berjaya menyapu bersih kedudukan 1-2-3-4-5 di Secto Rally Finland ini, yang kedua dalam sejarah WRC. Sebelum ini rekod yang sama pernah dicatat oleh Lancia di Rally de Portugal pada tahun 1990. Ironinya kedua – dua kejayaan ini membabitkan Juha Kankkunen dengan tugas beliau selaku pemandu dahulu dan sebagai Timbalan Prinsipal untuk pasukan yang berpangkalan di Jyväskylä ini.

Kalle Rovanperä mula mendahului sewaktu peringkat pembukaan pagi Jumaat dan tidak pernah melepaskan kawalan, secara teratur membina kelebihannya sepanjang hujung minggu. Drama pada hari Sabtu menyaksikan seteru Hyundai Thierry Neuville dan Adrien Fourmaux tersingkir daripada persaingan dengan mengalami masalah tayar pancit yang sama sekali gus memberikan sedikit rasa lega buat bekas juara WRC berusia 24 tahun itu menuju ke peringkat akhir pada hari Ahad.

Pemanduan yang kemas ketika peringkat Ouninpohja yang legenda itu berjaya memastikan kemenangan sulung Kalle Rovanperä di tempat sendiri disamping membolehkan beliau kini berada di tempat kedua keseluruhan dalam perebutan tahta kejuaraan WRC musim ini, hanya tiga mata memisahkan dengan pendahulu setakat ini Elfyn Evans selepas tamat sembilan perlumbaan setakat ini.

Sementara itu, podium kedua berjaya diraih pemandu Jepun, Takamoto Katsuta yang meruoaja keputusan terbaik beliau setakat ini semenjak aksi di Sweden sebelum ini diikuti oleh Sebastian Ogier yang hanya ketinggalan 5.9 saat di belakang pemandu Jepun itu. Manakala Elfyn Evans ditempat keempat keseluruhan setelah ketinggalan hanya 3.0 sahaja memisahkan beliau dan Sebastien Ogier.

Melengkapkan hari cemerlang untuk Toyota Gazoo Racing adalah Sami Pajari yang menduduki tempat kelima keseluruhan, prestasi terbaik beliau setakat ini bersama jentera Rally1 dengan mengatasi Thierry Neuville di tempat keenam.

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC 2025 – KALLE ROVANPERA UNGGUL DI RALLY ISLAS CANARIAS

BACA : WRC 2025 – AKHIRNYA OTT TANAK & HYUNDAI MENANG PERLUMBAAN MUSIM INI DI GREECE



Google ads

B K

Back to top button