
WRC 2025 – AKHIRNYA OTT TANAK & HYUNDAI MENANG PERLUMBAAN MUSIM INI DI GREECE
Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Ott Tanak berjaya mengatasi drama saat akhir ketika hari akhir perlumbaan di at EKO Acropolis Rally Greece untuk muncul sebagai pemenang sekali gus bagi menghidupkan semula peluang untuk mencabar kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) bersama Juruarah Martin Järveoja.
Ott Tanak sememangnya mempamerkan pemanduan yang handal sepanjang minggu di bumi Greece yang panas dan kering sehinggalah ke hari akhir perlumbaan apabila berjaya muncul dua peringkat perlumbaan sebelumnya. Namun masalah kota gear muncul ketika peringkat Wolf Power Stage yang menyebabkan kelewatan catatan masa oleh Ott Tanak.
Mujurlah juga Walau pun disebalik masalah yang dihadapi, Ott Tanak masih mempunyai kelebihan masa yang dicatat pada awalnya untuk membolehkan beliau meraih kemenangan pertama untuk pasukan Hyundai Motorsport musim ini dan kemenangan pertamanya semenjak kali terakhir melakukannya di Central European Rally 2024 dengan kelebihan 32.8 saat.

Keputusan ini juga menyaksikan dominasi pasukan Toyota Gazoo Racing dalam kempen WRC 2025 tamat juga setelah mencatatkan kemenangan berturut – turut sebelum ini.
Kemenangan Ott Tanak di Greece ini menyaksikan beliau hanya ketinggalan 12 mata kejuaraan WRC di hadapan pendahulu Elfyn Evans dengan Sebastien Ogier berada di tengah diantara mereka dengan perbezaan hanya tiga mata di hadapan Ott Tanak.
Dengan perlumbaan berikutnya akan diadakan di Estonia serta perlumbaan yang cukup pantas di Finland pada bulan berikutnya, kelebihan pastinya dilihat memihak kepada Ott Tanak untuk terus cemerlang untuk lokasi yang cukup dikenalinya.
Sementara itu Sebastien Ogier pastinya berpuas hati dengan podium kedua di Greece ini serta kemenangan di Wolf Power Stage dan keputusan ini juga menyaksikan ini merupakan podium kelima yang diraih sepanjang kempen WRC 2025. Pemenang WRC lapan kali ini dijangka berehat seketika untuk perlumbaan di Estonia.

Sementara itu, melengkapkan hari gembira untuk Hyundai Motorsport adalah kemenangan podium ketiga yang diraih Adrien Fourmaux yang merupakan podium kedua diraih untuk musim ini selepas sempat mengalami masalah dengan sistem suspense jentera Hyundai i20 N Rally1. Keputusan ini dilihat cukup lega buat beliau setelah beberapa keputusan yang tidak begitu baik kebelakangan ini.
Perlumbaan berikutnya di Delfi Rally Estonia pada 17 – 20 Julai nanti.
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER MASIH LAGI MENANG DI RALLY ITALIA SARDEGNA
BACA : WRC 2025 – SEBASTIEN OGIER TERBUKTI MASIH LAGI HANDAL UNTUK MENANG DI VODAFONE RALLY DE PORTUGAL

