
WRC 2025 – KALLE ROVANPERA UNGGUL DI RALLY ISLAS CANARIAS
Mantan juara WRC, Kalle Rovanpera yang berehat seketika untuk beraksi secara separuh masa musim lalu kini kembali menyengat untuk memburu tahta kejuaraan FIA World Rally Championship (WRC) buat kali ketiga setelah menangi dengan bergaya di Rally Islas Canarias.
Pemandu berasal dari Finland itu hadir ke pusingan keempat dalam kalendar WRC musim ini yang menjadi tuan rumah kepada perlumbaan WRC buat kali pertama dengan hampir 60 mata di belakang pendahuluan kejuaraan, mengurangkan defisit itu kepada 43 mata sahaja selepas prestasi cemerlang dari permulaan hingga tamat perlumbaan sekali gus melonjakkan beliau bersama Juruarah Jonne Halttunen daripada tempat keenam kepada kedua keseluruhan pungutan mata.

Permukaan asfal yang cukup teknikal di Gran Canaria serta laluan gunung yang luas memberikan cabaran yang unik dan sedikit sukar untuk kereta, krew dan pasukan. Tetapi tidak buat Kalle Rovanperä yang pantas menemui rentak yang tidak dapat ditandingi oleh pemandu lain apabila memenangi 15 daripada 18 peringkat di laluan sejauh 300 kilometer.
Malah Kalle Rovanpera berjaya mengutip 35 mata maksimum yang ditawarkan, hasil daripada kepantasannya merentasi Super Sunday dan Wolf Power Stage.
Kejayaan Kalle Rovanperä yang kedua dipermukaan asfal ini dibezakan dengan 53.5 ke atas rakan sepasukan Toyota Gazoo Racing Sébastien Ogier dan menandakan kembalinya ke tangga teratas buat kali pertama semenjak kali terakhir melakukannya di Rally Chile Bío Bío tujuh bulan lalu.

Melengkapkan podium milik adalah milik seorang lagi pemandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 yang juga pendahulu pemandu musim ini Elfyn Evans dengan ketinggalan 23.6 saat di belakang Sebastien Ogier sekali gus mengutip mata penting untuk terus mendahului kedudukan pungutan mata.
Malah, Takamoto Katsuta melengkapkan kedudukan keempat keseluruhan sekali gus memberikan berita gembira buat pasukan dengan ketinggalan hanya 45.8 saat di belakang Elfyn Evans.

Dengan keputusan cemerlang Toyota Gazoo Racing di bumi Sepanyol ini, membolehkan mereka mendahului dengan kelebihan 49 mata untuk kategori Pengeluar di hadapan pasukan Hyundai Motorsport yang mana kesemua pemandu mereka menghadapi sedikit masalah untuk mencari rentak dan akur untuk berada di kedudukan kelima terbaik melalui Adrien Fourmaux.
Kredit Foto : WRC
BACA : WRC 2025 – ELFYN EVANS MENANG DENGAN PENUH DRAMA DI SAFARI RALLY KENYA
BACA : WRC 2025 – KEMENANGAN DRAMATIK UNTUK ELFYN EVANS DI RALLY SWEDEN

