
WRC2 2025 – NIKOLAI GRYAZIN BERSEDIA MEMBURU KEJAYAAN DI RALLY ISLAS CANARIAS
Pemandu berasal dari Russia yang memegang lesen perlumbaan Bulgaria, Nikolay Gryazin bersedia untuk memburu kejayaan berikutnya dalam kelas perlumbaan WRC2 di FIA World Rally Championship (WRC) susulan kemenangan yang diraih baru – baru ini di pentas ERC di Rally Siera Morena, Sepanyol.
Nikolay Gryazin bersama Juruarah Konstantin Aleksandrov menyertai perlumbaan yanghebat untuk pembukaan musim di pentas Eropah di Cordoba hujung minggu lalu untuk membantu persiapannya untuk perlumbaan pertama mereka musim WRC ke Canary Islands pada penhujung bulan ini (24 – 27 April). Perlumbaan tersebut sebenarnya menandakan permulaan akan menandakan permulaan kempen WRC2 untuk mula mengutip mata buat Nikolay Gryazin musim ini selepas beberapa perlumbaan.
Nikolay Grayazin mengetuai barisan jentera Skoda Fabia RS Rally2 ketika beraksi di Rally Sierra Morena dengan mendahului dari mula hingga ke akhir peringkat perlumbaan dengan berjaya memenangi tujuh daripada 13 peringkat perlumbaan asfal yang mencabar sekali gus mengenepikan saingan Yoann Bonato dengan kelebihan 46.0 saat yang memandu jentera Citroen C3 Rally2.

Menurut Nikolay Gryazin beliau berasa cukup gembira dan bagus selepas keputusan yang diraih di Rally Siera Morena baru – baru ini dan bersedia untuk menghadapi saingan berikutnya sekali gus membuka tirai saingan di pentas WRC.
Untuk aksi di Rally Islas Canarias, beliau dijangka akan menerima saingan hebat daripada pemandu adik beradik yang memandu jentera Citroen, Yohan dan Leo Rossel, Emil Lindholm, naib juara ERC musim lalu Mathieu Franceschi serta jaguh tempatan yang juga merupakan juara ERC 2022 Efrén Llarena yang akan turut beraksi untuk mengutip mata perlumbaan.
Walau pun fokus beliau sebetulnya adalah untuk kempen WRC2, sama seperti sebelum tahunnya namun beliau menjangkakan hanya akan beraksi dalam empat atau lima pusingan perlumbaan sahaja dalam pentas ERC. Pun begitu beliau tetap tidak menolak kemungkinan untuk beraksi penuh dalam musim ERC susulan kejayaan yang diraih perlumbaan pembukaan sebelumnya.
Walau pun berkemungkinan beraksi dalam dua siri perlumbaan untuk memburu kejayaan namun beliau tetap memikirkan kemampuan dirinya sama ada mampu untuk beraksi sekali gus tidak dibebani dengan jadual perlumbaan yang padat.
Kredit Foto : WRC
BACA : ERC 2025 – NIKOLAI GRYAZIN MUNCUL SEBAGAI PERLUMBAAN PEMBUKA TIRAI DI SEPANYOL
BACA : WRC2 – NIKOLAY GRYAZIN MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY