
MASERATI AKAN SEDIAKAN SAFETY CAR UNTUK SIRI GT WORLD CHALLENGE EUROPE
Maserati akan menyediakan Safety Car dan juga Lead Car secara rasmi sepanjang siri perlumbaan GT World Challenge Europe 2025 yang dikuasakan oleh AWS sepanjang musim nanti hasil perjanjian baharu antara pengeluar Itali dan SRO Motorsports Group.
Peranan dan tugasan penting untuk Safety Car untuk siri ini akan ditugaskan kepada Maserati GT2 Stradale, model versi jalanan untuk sebuah jenama kereta lumba GT2 yang berjaya. Maserati GT2 Stradale ini diakui mempunyai kuasa hasil daripada enjin V6 Nettuno yang cukup berkuasa, mampu mencapai 100 km/j dalam hanya 2.8 saat dengan kelajuan tertinggi mampu dicatat sehingga 324 km/j.

Diakhiri dengan kemasan warna Nero Pastello yang cukup lawa, Maserati GT2 Stradale akan memberikan keselamatan dalam gaya apabila ia menyertai GT World Challenge Europe musim ini. Ianya akan turut disertai dengan model Maserati MC20, yang telah dipilih sebagai Lead Car untuk musim 2025 ini. Menampilkan transmisi klac berkembar lapan kelajuan dan aerodinamik yang bersih dan inovatif, ia akan membawa skema warna Bianco Pasello yang menarik perhatian.
Perjanjian baharu itu menjalin hubungan yang lebih erat diantara Maserati dan juga SRO Motorsports Group. Jenama Maserati ini sudah pun sinonim dengan kecemerlangan terima kasih kepada kereta pesaing seperti Maserati MC12, yang menikmati kejayaan luar biasa sepanjang era GT1.

Dan baru-baru ini, Maserati GT2 mengembalikan jenama itu ke arena kereta sukan antarabangsa dengan menggunakan Siri Eropah GT2 yang dikuasakan oleh Pirelli, sekali gus mengembalikan reputasi pemenang untuk model ini.
Siri perlumbaan GT World Challenge Europe 2025 ini yang dikuasakan oleh AWS ini telah dilancarkan pada hujung minggu ini di Circuit Paul Ricard yang akan diadakan perlumbaan Endurance Cup selama enam jam. Selain daripada beraksi sebagai Safety Car dan Lead Car, menarik juga apabila melihatkan jenama Maserati juga akan beraksi di litar perlumbaan membabitkan kedua kelas Pro-Am dan juga Am. Menarik bukan untuk melihatkan model Maserati sebagai kereta utama dan juga peserta.
BACA : MASERATI GT2 STRADALE MEMBUAT DEBUT JALAN RAYA DI ANDALUSIA
BACA : MASERATI GRANCABRIO FOLGORE – EV CABRIO PERTAMA NI OI!



