WRC2 – NIKOLAY GRYAZIN MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI CENTRAL EUROPEAN RALLY
Pemandu dari Russia / Bulgaria, Nikolay Gryazin yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 berjaya muncul sebagai pemenang bagi kategori WRC2 di Central European Rally selepas mendominasi perlumbaan tersebut dengan jayanya. Beliau muncul di garisan penamat dengan kelebihan 2 minit 23.9 saat.
Nikolay Gryazin yang berasal dari Russia tetapi memegang lesen perlumbaan dari Bulgaria berjaya merampas kedudukan pendahulu seawal peringkat kedua perlumbaan dan terus mengekalkan dominasi beliau di bumi tiga negara Eropah. Malah beliau berjaya mencatatkan lebih daripada 10 kali pemandu terpantas di peringkat perlumbaan dan terus menuju ke garisan penamat dengan cemerlang.
Walaupun Nikolay Gryazin tidak lagi berada dalam kedudukan untuk memburu kejuaraan WRC2 tahun ini, setidaknya kemenangannya menandakan kejayaan untuk WRC2 Challenger ketiganya musim ini – keputusan yang memastikan beliau kekal berada dalam persaingan untuk gelaran itu menjelang perlumbaan terakhir di Jepun pada bulan hadapan.
Dengan kejayaan tersebut, menyaksikan hasrat rakan sepasukan beliau di DG Sport Competition, Yohan Rossel untuk meraih kemenangan bagi kategori WRC2 pudar. Yohan Rossel memerlukan kemenangan di European Rally Championship namun terpaksa membayar harga yang mahal apabila sempat terbabas dan akhirnya akur untuk berada di tempat ke 11 keseluruhan.
Dengan keputusan ini , kelas WRC2 akan menyaksikan pemenang hanya boleh ditentukan sewaktu perlumbaan terakhir di FORUM8 Rally Japan kelak.
Podium kedua menjadi milik pemandu dari Republik Czheh Filip Mares yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2. Ini adalah keputusan terbaik yang pernah diraih oleh Filip Mares untuk kempen WRC2 musim ini malah beliau juga merupakan nama regular untuk beraksi dalam kempen FIA European Rally Championship.
Melengkapkan podium terakhir pemandu dari Poland, Miko Marczyk yang memandu Skoda Fabia RS Rally2. Beliau bersaing rapat dengan rakan senegaranya yang turut memandu Škoda Fabia RS Rally2 Kajetan Kajetanowicz. Cuma nasib malang menimpa buat beliau apabila sedikit tersasar pada hari Sabtu yang menyebabkan kerugian masa.
BACA : WRC2 2024 – KEMENANGAN UNTUK YOHAN ROSSEL DAN CITROEN C3 RALLY2
BACA : WRC2 2024 – SAMI PAJARI MENANG LAGI DI GREECE KALI INI