Buletin

ERC 2025 – NIKOLAI GRYAZIN MUNCUL SEBAGAI PERLUMBAAN PEMBUKA TIRAI DI SEPANYOL

Nikolay Gryazin kini adalah merupakan pemenang lima kali dalam kejuaraan FIA European Rally Championship (ERC) susulan kemenangannya dari permulaan hingga penamat sewaktu perlumbaan pembuka tirai ERC di 42nd Rally Sierra Morena – Córdoba Patrimonio de la Humanidad.

Bersama Juruarah Konstantin Aleksandrov dengan memandu jentera Škoda Fabia RS Rally2 yang dilengkapi tayar Michelin, Nikolay Gryazin meraih kemenangan dengan kelebihan masa 46.0 saat untuk Pasukan Rali J2X yang dikendalikan Orsák Rallysport, setelah mendahului sejak peringkat Super Special pada malam Jumaat di bandar tuan rumah Córdoba.

Menambahkan kepantasan Nikolay Gryazin, beliau berjaya menambah empat koleksi pungutan mata ketika peringkat penentuan Power Stage yang merupakan edisi ke 25 setelah disenaraikan dalam perlumbaan ERC.

Menurut pemandu yang berasal dari Russia tetapi memiliki lesen pemanduan dari Bulgaria ini beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan J2X terutama Jaroslav Orsák dan Jarosław Kołtun serta krew pasukan kerana telah menyediakan jentera yang laju dan sempurna.

Podium kedua menjadi milik Yoann Bonato yang memandu jentera Citrone C3 Rally2 bersama tayar Michelin yang berjaya memenangi peringkat terakhir untuk mengutip mata tambahan.

Kemenangan podium kedua di 42nd Rally Sierra Morena – Córdoba Patrimonio de la Humanidad untuk Yoann Bonato ini sebetulnya merupakan podium ketujuh beliau sepanjang beraksi di pentas ERC ini.

Pun begitu sebetulnya podium kedua ini dilihat cukup mengejutkan buat Yoann Bonato apabila beliau sempat ketinggalan di tempat ke 12 keseluruhan di awal perlumbaan sebelum mula mengejar untuk berada di hadapan.

Pemandu tuan rumah, José Suárez yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 berjaya menggembirakan sedikit penyokong tempatan apabila berjaya menduduki podium ketiga setelah ketinggalan di tempat keempat untuk meninggalkan pemandu Itali Andrea Mabellini yang turut memandu Skoda Fabia RS Rally2.

Sementara itu, Jos Verstappen yang turut beraksi berjaya memenangi kelas ERC Master dan berjaya menduduki tempat ke 14 secara keseluruhan dengan memandu Skoda Fabia RS Rally2.

Perlumbaan kedua akan berlangsung pada bulan hadapan di VI Rally Hungary membabitkan permukaan asfal.

Kredit Foto : ERC

BACA : ERC 2025 – LAPAN LOKASI PERLUMBAAN TELAH DISAHKAN. CROATIA DAN POLAND KEMBALI SEMULA KE KALENDAR PERLUMBAAN

BACA : JOS VERSTAPPEN UMUMKAN MAHU BERAKSI DALAM KEJUARAAN ERC 2025. BOLEH MENANGKAH?

Google ads

B K

Back to top button