Buletin

WRC2 2025 – ROOPE KORHONEN JUGA MENANG DI BUMI SENDIRI

Sama seperti kelas utama, persaingan kelas kedua WRC2 untuk perlumbaan Secto Rally Finland juga menyaksikan seorang lagi hero tuan rumah Roope Korhonen untuk muncul juara di bumi sendiri. Menariknya pemandu muda berusia 26 tahun itu berjaya menewaskan seorang lagi pemandu kelahiran Finland, Jari-Matti Latvala.

Kemenangan sulung Roope Korhonen ini dalam pentas WRC2 dilihat cukup bergaya apabila menewaskan Prinsipal Pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala dengan kelebihan 1.1 saat sahaya yang memutuskan untuk memandu di Secto Rally Finland kali ini. Ironya kedua mereka juga memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2.

Roope Korhonen memulakan perlumbaan akhir untuk dua peringkat pada hari Ahad dengan kelebihan hanya 1.8 saat ke atas Jari-Matti Latvala dan menyaksikan jurang itu dikurangkan kepada 1.3 saat selepas perlumbaan pertama di Ouninpohja yang legenda.

Sang Prinsipal sekali cuba memberikan saingan apabila terbukti sekali lagi lebih pantas pada peringkat seterusnya namun akur apabila Roope Korhonen ternyata berjaya unggul untuk membolehkan kelebihan yang sangat tipis itu untuk muncul juara di bumi sendiri.

Untuk rekod, Roope Korhonen sedang menikmati musim yang cemerlang tahun 2025 bersama jentera Rally2 apabila berjaya meraih kemenangan sulung di pentas FIA European Rally Championship (ERC) di Hungary serta dua podium di pentas WRC2 setakat ini, kedua di Sweden dan ketiga di Estonia.

Disebalik kejayaan untuk Toyota, pemandu Skoda Robert Virves yang memandu Skoda Fabia RS Rally2 berjaya mendapatkan podium ketiga setelah ketinggalan agak jauh juga 42.0 saat. Pun begitu, beliau berjaya meninggalkan Emil Lindholm dengan memandu jentera yang serupa dengan perbezaan masa hampir satu minit.

Sementara itu pemandu pilihan Oliver Solberg yang kembali memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 bagi memburu mata untuk merebut tahta kejuaraan WRC2 tampak sedikit kelam apabila beliau mengalami kemalangan dan kerosakan jentera yang agak teruk hingga memaksa menarik diri.

Kredit Foto : At World

BACA : WRC2 2025 – HERO TUAN RUMAH ROBERT VIRVES MENANG DI RALLY ESTONIA

BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE

Google ads

B K

Back to top button