Buletin

WRC2 2025 – HERO TUAN RUMAH ROBERT VIRVES MENANG DI RALLY ESTONIA

Pemandu tuan rumah, Robert Virves berjaya mengungguli saingan dalam kelas WRC2 di Delfi Rally Estonia bagi menggembirakan penyokong tempatan walau pun beliau sempat diberikan penalti.

Pemandu Estonia yang memandu jentera Skoda Fabiar RS Rally2 berjaya mengungguli saingan dari awal perlumbaan lagi tanpa masalah dan sempat memonopoli saingan dalam tiga peringkat terakhir dengan kelebihan 18.4 saat di hadapan rakan senegara  Georg Linnamäe.

Pun begitu Robert Virves sempat lagi dikenakan penalti 10 saat ketika melakukan kesilapan ketika permulaan peringkat SS 18 namun beliau masih lagi unggul bertahun mendahului dengan kelebihan masa yang dicatat sebelumnya tanpa masalah untuk muncul sebagia pemenang di perlumbaan bumi sendiri.

Pun begitu juga sebenarnya, Robert Virves sempat mengalami masalah keracunan makanan pada hari Jumaat namun kekal tenang untuk terus mendahului saingan tanpa masalah. Untuk rekod, kemenangan Robert Virves ini merupakan yang pertama daripada pemandu berasal dari Estonia sendiri dalam kelas WRC2 semenjak kali terakhir dimenangi oleh Karl Kruuda pada tahun 2014.

Sementara itu Georg Linnamäe yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 pula akur untuk berada di podium kedua walau pun sebetulnya beliau mengharapkan agar Robert Virves melakukan kesilapan sekiranya mahu meraih kemenangan.

Podium ketiga pula menjadi milik pemandu muda Finland, Roope Korhonen yang ketinggalan agak jauh 31 saat di belakang Georg Linnamäe juga dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2. Manakala tempat keempat keseluruhan menjadi milik pemandu dari Finland juga, Mikko Heikkilä juga dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2.

Sebetulnya untuk aksi kelas WRC2 di Delfi Rally Estonia ini tidak membabitkan nama besar dan pemenang perlumbaan WRC2 musim ini seperti Oliver Solberg (Sweden, Portugal, Greece) Yohan Rossel (Monte-Carlo, Canary Islands), Gus Greensmith (Kenya) and Roberto Daprà (Sardegna).

BACA : WRC2 2025 – PEMANDU TUAN RUMAH ROBERTA DAPRA CIPTA KEJUTAN UNTUK MENANG

BACA : WRC2 2025 – PEMANDU SKODA FABIA RS RALLY2 MAHU TERUSKAN AKSI CEMERLANG DI GREECE

Google ads

B K

Back to top button