
RASMI: KEEWAY XDV180 EVO KINI DI MALAYSIA – RM9,388
MForce Bike Holdings dengan rasminya memperkenalkan skuter terbaru menerusi Keeway XDV180 EVO untuk pasaran tempatan dengan harga jualan hanya RM9,388.
Kemunculan XDV180 EVO itu sudah pun dijangka ekoran beberapa pengedar telah pun membuka tempahan lebih awal sebelum ini.

Atas kertas, skuter yang bakal memberi saingan pada Honda ADV 160 itu dipacu enjin satu silinder 174cc yang berupaya menjana 18.2hp pada 8,500rpm dan 17.2Nm pada 6,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT.
Sebagai skuter ADV, XDV180 EVO ini juga dilengkapi dengan fungsi TCS (traction control) yang boleh dipadamkan.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:
- fork USD
- penyerap hentak berkembar
- tayar 110/80-14 depan
- tayar 130/70-13 belakang
- berat 145kg
- ketinggian pelana 795mm
- tangki 10L

Skuter ini juga tidak kompromi soal keselamatan lantas dilengkapi dengan ABS dwi saluran dan dipadankan bersama cakera brek depan dan belakang. Selain itu, dashcam depan juga didatangkan secara standard yang dilengkapi dengan kad memori 32GB.

Sebagai pelengkap, XDV180 EVO ini juga menawarkan paparan meter TFT 7-inci berwarna.
Bagi pasaran tempatan, skuter terbaru tawaran MForce ini hadir dengan tiga warna pilihan; Grey, Black dan White.
GALERI: KEEWAY XDV180 EVO
























