Buletin

WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE

Pemandu rali Sweden, Oliver Solberg tampaknya terus memberikan aksi dan keputusan yang cemerlang untuk menang di kelas WRC2 Eko Acropolis Rally Greece tanpa masalah.

Oliver Solberg yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 berjaya memenangi perlumbaan di Greece dengan kelebihan masa 53.8 saat, suatu catatan yang dianggap cukup selesa sekali gus mengenepikan saingan Yohan Rossel untuk terus mendahului kedudukan pendahulu kelas WRC2.

Oliver Solberg ternyata cukup unggul apabila memperolehi kelebihan masa 1 minit 37.8 saat sebelum berakhirnya saingan hari Sabtu sekali gus memberikan ruang untuk beliau sedikit santai dan tidak terlalu tertekan ketika hari akhir perlumbaan.

Yohan Rossel, pulih daripada masalah mekanikal dan tayar pada hari Jumaat, memulakan perlumbaan akhir untuk empat peringkat pada hari Ahad namun akur untuk berada di tempat ketiga keseluruhan, 5.1 saat di belakang Kajetan Kajetanowicz yang menduduki tempat keempat keseluruhan di Greece.

Pun begitu pemandu berasal Perancis itu masih berupaya memberikan tentangan sengit apabila di awal perlumbaan berjaya mendahului saingan bersama jentera Citroen C3 Rally2. Malah beliau juga memberikan saingan ketika peringkat Wolf Power Stage untuk berada di kedudukan kedua ketinggalan hanya 5.5 saat di belakang Gus Greensmith.

Gus Greensmith yang turut beraksi cemerlang untuk terus memecut laju bagi merebut podium kedua untuk meninggalkan Yohan Rossel di belakang dengan kelebihan 15.2 saat.

Dengan keputusan Yohan Rossel di kedudukan ketiga itu setidaknya memastikan beliau kekal bersaing rapat merebut tahta kejuaraan WRC2 disamping Oliver Solberg dengan kekurangan lima mata sahaja walau pun selepas ini beliau tidak akan beraksi di Delfi Rally Estonia.

Sementara itu pemandu dari Poland Kajetan Kajetanowicz yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang terlepas peluang untuk menaiki podium tetapi masih boleh berpuas hati untuk berada di teratas dalam senarai WRC2 Challenger bersama dengan Jan Solans dan juga Roberto Daprà

Kedudukan Pungutan Mata WRC2

  1. Oliver Solberg – 85 mata
  2. Yohan Rossel – 83 mata
  3. Gus Greensmith – 57 mata

Kredit Foto : WRC

BACA : WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG KEMBALI MENANG DI PORTUGAL

BACA : WRC2 2025 – PEMANDU TUAN RUMAH ROBERTA DAPRA CIPTA KEJUTAN UNTUK MENANG



Google ads

B K

Back to top button