Buletin

YAMAHA XMAX 250 2023 TIBA DI MALAYSIA – NAVIGASI GARMIN, 22.5HP, HARGA BERMULA RM23K

Hong Leong Yamaha Motor hari ini secara rasmi melancarkan model baharu iaitu Yamaha XMAX 250, di mana ia direka untuk tampil sporty dengan ketersambungan digital terkini.

Yamaha XMAX 250 2023 tampil dengan panel depan baharu serta padanan lampu LED hadapan dan belakang yang mempunyai pencahayaan berbentuk X.

Selain itu, Yamaha turut mengemaskini panel sisi selain, penghadang angin kini boleh dilaras untuk memberi perlindungan serta tunggangan lebih baik.

Bukan itu sahaja, jentera baharu ini juga dilengkapi panel TFT 4.2-inci dengan fungsi navigasi Garmin serta Yamaha Y-Connect, yang mempunyai ketersambungan telefon pintar.

Pemilik baru Yamaha XMAX boleh menggunakan fungsi navigasi Garmin secara percuma melalui aplikasi StreetCross.

Menerusi ciri berkenaan, penunggang boleh menerima maklumat penting seperti pemberitahuan perkhidmatan dan data kecekapan bahan api.

Perincian lain termasuklah tangki bahan api 13 liter, tinggi tempat duduk 795mm, mempunyai berat keseluruhan 183kg selain, menggunakan fork teleskopik biasa serta dua penyerap di belakang.

Beralih kepada kuasa, ia dipacu oleh enjin EURO4 250cc Blue Core, berupaya menghasilkan 22.5Hp dan tork 24.3Nm.

Yamaha XMax 250 2023 boleh dimiliki pada harga bermula RM23,998 dengan pilihan dua warna iaitu Max Silver dan Icon Blue.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button