Buletin

ASTON MARTIN DB12 RASMI DILANCARKAN – 671HP, HARGA BERMULA RM1 JUTA

Aston Martin hari ini secara rasmi melancarkan DB12 serba baharu yang hadir dengan lebih kuasa, dinamik serta menawarkan tahap keselesaan lebih tinggi untuk pasaran tempatan.

Model DB12 serba baharu menampilkan beberapa pembaharuan termasuklah dipadankan dengan bampar baharu, rekaan jeriji baharu yang diapit lampu LED selain menerima hud baharu, lencana Aston Martin serta splitter.

Bahagian belakang pula didatangkan bersama lampu dengan grafik berbentuk C selain terdapat komponen pembeza gelincir terhad elektronik, sistem suspensi ditala semula dan peredam adaptif serba baharu.

Di samping itu, DB12 diserlahkan lagi menerusi rim bersaiz 21-inci dan dibalut bersama tayar Michelin Pilot 5s. Maklumat penting untuk peminat jenama Aston Martin, casis DB12 direka 7 peratus lebih keras.

Dari segi dimensi, model ini berukuran 4,725mm (panjang), 1,295mm (tinggi), 2,145mm (lebar) dan jarak roda pada 2,805mm.

Untuk rekod, berat keseluruhan Aston Martin adalah 1,685kg dan memiliki kapasiti tangki 78 liter.

Perincian dalam kabin adalah seperti berikut:

  • Skrin kluster digital
  • Skrin infotainmen 10.25-inci
  • Ketersambungan Apple CarPlay atau Android Auto,
  • Sistem Audio 11-pembesar suara
  • Butang kawalan fungsi
  • Kawalan kepada akses mod pemanduan (DB12 mempunyai lima mod pemanduan – Wet, GT, Sport, Sport+ dan Individual)

Dari segi kuasa, Aston Martin DB12 dipacu oleh enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang diperoleh daripada Mercedes-AMG, berupaya menghasilkan 671hp, tork 800Nm dan dipadankan sistem transmisi automatik 8-kelajuan

Had kelajuan pula ditetapkan pada 325km/j manakala daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 3.6 saat sahaja.

Untuk Sistem keselamatan, ia dilengkapi ADAS merangkumi:

  • Forward Collision Warning
  • Autonomous Emergency Braking
  • Adaptive Cruise control with Stop & Go function,
  • Lane Departuring Warning
  • Lane Keep Assist
  • Auto High Beam
  • Traffic Sign Recognition
  • Door Open Assist
  • Rear Cross Traffic Assist
  • Driver Drowsiness Detection
  • Kamera 360 darjah 3D

Untuk harga, Aston Martin DB12 boleh dimiliki pada harga bermula RM1,088,000 tidak termasuk duti, cukai, opsyen dan pakej penyesuaian. Aston Martin turut menawarkan pakej lanjutan jaminan sehingga 20 tahun. 

GALERI:

Google ads
Back to top button