
YAMAHA TRACER 9 GT 2023 KINI TIBA DENGAN PILIHAN WARNA BAHARU – PURE WHITE DAN MIDNIGHT BLACK, HARGA BERMULA RM69K
Yamaha Tracer 9 GT 2023 kini ditampilkan dalam dua pilihan warna baharu iaitu Pure White dan Midnight Black.
Dari segi penampilan, tiada perubahan dilakukan, masih kekal dengan perincian seperti lampu utama LED, lampu isyarat LED generasi baharu dan signatur lampu belakang Tracer untuk menyerlahkan lagi sisi dinamik serta sporty.
Ia turut dilengkapi fairing hadapan aerodinamik, cermin penghadang angin boleh laras lebih besar selain, terdapat skrin paparan TFT berkembar 3.5 inci.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin tiga silinder sebaris 889cc yang mampu menjana 117hp pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm.
Selain itu, Tracer 9 GT didatangkan sistem kawalan IMU 6-axis merangkumi tiga komponen iaitu sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem kawalan gelinciran (SCS) dan sistem kawalan LIFt tayar depan (LIF).

Yamaha Tracer 9 GT dalam pilihan warna baharu boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara bermula dari 16 Jun 2023.
Harga runcit yang disyorkan adalah bermula RM69,998.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.
Setiap pembelian Yamaha Tracer 9 GT 2023 akan menerima kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100 secara percuma.
GALERI:







- BACA: YAMAHA MALAYSIA TAWAR PERKHIDMATAN TERBAIK – APLIKASI GN BLUE REWARDS TAWAR GANJARAN MENARIK
- BACA: YAMAHA XMAX 250 2023 BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA? VARIAN TECH MAX, NAVIGASI GARMIN
- BACA: HONDA, KAWASAKI, SUZUKI DAN YAMAHA BENTUK HYSE – BINA ENJIN BERKUASA HIDROGEN
- BACA: YAMAHA PATENKAN NAMA RZ250 DAN RZ350








