
YAMAHA PATENKAN NAMA RZ250 DAN RZ350
Yamaha RZ250 dan RZ350 adalah motosikal dua lejang legenda dari Yamaha. Kedua-duanya mempunyai kesan tersendiri buat peminat Yamaha dari tahun 1970-an hingga 1990-an.
Baru-baru ini, Yamaha di Jepun dilaporkan telah mempatenkan dua nama motosikal tersebut dan terdapat khabar angin bahawa Yamaha bakal mengeluarkan motosikal baharu.
Menurut laporan Visordown, Yamaha akan menggunakan dua nama ini untuk motosikal baharu tetapi suka diingatkan, motosikal baharu itu mungkin tidak lagi menggunakan enjin dua lejang, dengan mengambil kira peraturan sifar-pelepasan.

Sekiranya Yamaha masih berminat mengekalkan elemen nostalgia, Yamaha berkemungkinan memuatkan RZ250 dan RZ350 dengan enjin empat lejang moden, manakala reka bentuknya kekal seperti sedia ada.
Seperti sedia maklum, motosikal moden bernuansa klasik memang menjadi trend di pasaran, di mana banyak jenama mempunyai rangkaian produk seperti itu.
Antara jenama mengeluarkan motosikal gaya moden klasik ialah Honda GB350 dan Royal Enfield, yang berjaya dalam kelas motosikal klasik 350cc.
Selain itu, satu lagi sebab klise nama itu dipatenkan adalah supaya ia tidak digunakan oleh jenama pesaing atau sebagainya.
Yamaha sudah tentu tidak ingin berputih mata sekiranya nama motosikal legenda itu ditemui pada motosikal lain.
- BACA: VALENTINO ROSSI KINI BERGELAR DUTA JENAMA YAMAHA – MESTI MASYUK NI
- BACA: EJEN KASTAM BERPUTIH MATA – YAMAHA Y15ZR BERHARGA RM3K, RUPANYA SCAM
- BACA: YAMAHA MATIC SAIZ GERGASI, KAPASITI ENJIN 1200CC – CERMIN SISI BOLEH LIHAT MASA LALU
- BACA: YAMAHA GIAT BANGUNKAN SISTEM PENSTABILAN KENDIRI (AMSAS) – BANTU ELAK RISIKO KEMALANGAN