Buletin

YOICHIRO UENO DILANTIK PRESIDEN & CEO HONDA INDIA   

Honda Motor Co., Ltd. telah melantik Yoichiro Ueno sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Cars India Ltd berkuat kuasa 1 April 2016.

Yoichiro-Ueno-Honda-India-mekanika (2)

Pengumuman itu berikutan perubahan aspek pengurusan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah Honda Motor Company semalam.

Ueno akan menggantikan Katsushi Inoue yang dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Operasi Honda Motor Co. Ltd, Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Rantau Eropah dan Presiden & Pengarah Honda Motor Europe Ltd.

Yoichiro-Ueno-Honda-India-mekanika (3)

Ueno mula mengetuai Honda Malaysia sejak tahun Januari 2011. Sebelum itu, beliau merupakan Pembantu Naib Presiden Automobile Sales of American Honda Motor Co. Inc. Beliau bertanggungjawab atas perancangan dan koordinasi jualan serta pemasaran di pasaran Amerika Syarikat.

Beliau sudah bekerja dengan Honda Motor Co., Ltd. selama lebih 30 tahun dan memiliki pengalaman luas dalam industri automotif. Ueno juga pernah berkhidmat di beberapa pasaran luar Jepun seperti New Zealand dan Thailand. Di samping bekerjasama dengan divisyen-divisyen di luar negar termasuklah Asia dan Oceania, China serta Amerika Utara.

Tahniah dan selamat maju jaya Ueno San!

Google ads
Back to top button