Buletin

MASERATI PAMER SUV PERTAMA DI GENEVA

Pengeluar kenderaan mewah Itali, Maserati bakal memperkenalkan SUV pertama dalam sejarah 100 tahunnya, Levante.

batch_Maserati-Levante-mekanika-4

Levante dilihat akan melengkapkan barisan model saloon dan kereta sports Maserati seperti Quattroporte, Ghibli, GranTurismo dan GranCabrio.

Reka bentuk Levante jelas menggambarkan jenama Maserati yang pekat dengan karekter Itali. Bahagian hadapannya tampil agresif bersama lampu utama yang dipisahkan kepada dua elemen. Di samping rekaan gril radiator yang mantap.

batch_Maserati-Levante-mekanika-3

Dari arah sisi, signatur rekaan Maserati boleh dilihat pada tiga corong udara pada sayap hadapannya. Tidak ketinggalan, tiang C berbentuk trapezoidal dengan logo Saetta dan tingkap tanpa bingkai yang besar.

Dari segi teknikal, casis Lavente direka untuk menawarkan kualiti pengendalian dan prestasi terbaik. Justeru, SUV itu dikuasakan oleh pilihan enjin petrol dan diesel Euro 6 penuh kuasa yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

batch_Maserati-Levante-mekanika

Lavente dihasilkan di kilang Mirafiori di Turin, Itali. Kumpulan pertama telah pun dikeluarkan dan dijangka dilancarkan di pasaran Eropah pada musim bunga 2016.

Google ads
Back to top button