" "
Buletin

WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENGETUAI KUARTET TOYOTA UNTUK GAH DI SAFARI RALLY KENYA

Pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing, Sebastian Ogier berjaya menjuarai Safari Rally Kenya setelah menamatkan perlumbaan yang penuh dan drama dan juga insiden dramatik.

Kemenangan Sebastian Ogier ini adalah yang ketiga daripada lima penyertaan beliau musim ini. Dan bertambah menarik kemenangan pemandu Perancis ini apabila ianya disusuli dengan tiga rakan sepasukannya yang lain untuk memastikan posisi 1- 2- 3- 4 menjadi milik pasukan Toyota Gazoo Racing.

Sebastian Ogier berjaya mengenepikan saingan terdekat, Kalle Rovanpera yang cuba mengejarnya namun akhirnya ketinggalan hanya 6.7 saat sahaja. Kesemua jentera rali yang beraksi terpaksa berhadapan cuaca panas dan berdebu hingga menjejaskan prestasi jentera akibat kepanasan melampau. Dan tidak terkecuali adalah Sebastian Ogier yang kehilangan masa berharga akibat masalah ini hingga hampir dipintas oleh Kalle Rovanpera sewaktu Wolf Power Stage.

Ketika saingan hari sebelumnya, Sebastian Ogier sempat berlanggar dengan pokok hingga menyebeabkan kerosakan di bahagian belakang jenteranya namun masih berupaya menamatkan saingan dan mencatat masa terpantas. Malah ketika saingan Wolf Power Stage, cermin hadapan Toyota GR Yaris Rally1 yang dipandunya retak akibat terkena batu.

Manakala Kalle Rovanpera pula dilihat agak berpuas hati dengan kedudukan kedua keseluruhan ini sekali gus kekal mengutip mata penting untuk dirinya. Yang pasti, beliau juga berjaya mengutip mata bonus tambahan ketika Wolf Power Stage apabila berjaya mencatat masa terpantas. Kini beliau mendahului saingan kategori pemandu dengan kelebihan 37 mata setakat tujuh perlumbaan WRC sehingga kini.

Tempat ketiga yang menjadi milik Elfyn Evans walau pun ketinggalan dengan agak jauh di belakang Kalle Rovanpera, 2.58 saat. Elfyn Evans sebetulnya dikejar rapat oleh Takamoto Katsuta, mujur pemandu Jepun ini mengalami masalah dengnan sistem hibrid.

Keputusan keempat keseluruhan oleh Takamoto Katsuta ini sebenarnya melengkapkan minggu yang cemerlang buat pasukan Toyota walau pun ketika Shakedown beliau sempat mengalami kemalangan hingga menyebabkan jentera yang dipandunya berpusing beberapa kali. Mujur juga krew & mekanik berjaya mencipta magis untuk menyiapkan semula jentera beliau agar sempat kembali berlumba di hari perlumbaan.

Dani Sordo ditempat kelima untuk menjadi wakil pasukan Hyundai Motorsport berada dalam kedudukan lima teratas bagi mengubat sedikit kedukaan buat pasukannya.

Perlumbaan berikutnya bakal kembali semula ke Eropah dengan Estonia menjadi lokasi seterusnya.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Kalle Rovanpera – 140 mata
  2. Elfyn Evans – 99 mata
  3. Sebastian Ogier – 98 mata

BACA : WRC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK OTT TANAK DI RALLY SWEDEN

BACA : WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENANG BUAT KALI KE TUJUH DI MEXICO

Google ads

B K

Back to top button