Buletin

VOLKSWAGEN NAIK TARAF eSHOWROOM. LIHAT KEBOLEHDAPATAN MODEL PADA MASA SEBENAR

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mempertingkatkan eShowroom untuk memberi lebih kemudahan kepada mereka yang ingin membeli sebuah Volkswagen.

Pada laman web yang telah ditambah baik itu, pelanggan kini mempunyai akses ke atas unit-unit yang ada untuk dijual di pengedar-pengedar sah Volkswagen di seluruh negara pada masa sebenar. Berdasarkan seperti konsep ‘siapa cepat dia dapat’, hanya model yang ada di pengedar sahaja akan dipamerkan.

Pelanggan boleh melayari laman web berkenaan untuk mencari apakah model yang ada sekarang dan lokasinya.

Kemudian boleh memilih sama ada untuk mendapatkan slot pandu uji atau membuat tempahan secara dalam talian dengan yuran standard RM1,500. Mereka kemudian akan dihubungi oleh pengedar yang dimahukan untuk langkah-langkah seterusnya dan melengkapkan pembelian.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Merdeka dan Hari Malaysia sepanjang dua bulan depan, pelanggan yang membuat tempahan menerusi eShowroom akan menerima rebat eksklusif sebanyak RM500 atas pembelian mereka.

Layari eShowroom yang telah dipertingkatkan di eshowroom.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button