Buletin

59 PERATUS LEBIH GEMBIRA DI LITAR LUMBA BERBANDING BERSENAM DI GIM

Abarth dan Universiti Loughborough di UK telah membuat kajian mendapati bahawa 59 peratus lebih gembira selepas memandu di sekitar litar lumba (di Abarth) berbanding selepas melakukan senaman di gim.

Bersama-sama dengan Abarth, mereka memutuskan untuk mencuba dan ingin mengetahui. Menggunakan pelbagai pengesan, antaranya melihat ekspresi muka, kadar denyutan jantung dan memberikan peserta jam tangan gred perubatan dan soal selidik penilaian kendiri untuk mengukur mood mereka selepas pengalaman memandu trek dan sesi gim.

“Ia dilaporkan secara meluas tentang betapa pentingnya aktiviti fizikal, bukan sahaja untuk kesejahteraan fizikal seseorang tetapi juga keadaan emosi mereka,” kata Dr Dale Esliger, yang mengetuai eksperimen itu. “Setidaknya, kita tahu tentang bagaimana pemanduan – khususnya di litar lumba – boleh memberi kesan kepada mood seseorang individu.”

Ia turut diukur dengan mengikut jenis senaman dan data menunjukkan mood peserta berkurangan empat peratus selepas senaman berat, 20 peratus selepas senaman berat dan kardio, dan 116 peratus selepas melakukan senaman kardio.

Menariknya subjek hanya perlu duduk di kerusi penumpang dan dipandu oleh pemandu profesional untuk merangsang mood mereka, dimana 77 peratus lebih gembira berbanding selepas melakukan senaman kardio dan rintangan.

“Kami mengetahui secara anekdot bahawa kereta kami membawa tahap kegembiraan kepada pemandu dan penumpang, tetapi kini kami mempunyai beberapa data awal daripada salah satu universiti sains sukan terkemuka di dunia untuk menyokongnya.” kata Greg Taylor, pengarah urusan Fiat dan Abarth di U.K.

Google ads
Back to top button