Buletin

BERMAZ LANCAR PUSAT BADAN & CAT MAZDA

Selari dengan pelancaran model terbaharunya, Mazda2 baru-baru ini, Bermaz Motor turut memperkenalkan pusat badan dan cat Mazda.

Mazda-body-paint-glenmarie-mekanika (1)

Kemudahan terkini itu memiliki keluasan mencecah 67,165 kaki persegi. Terletak hanya 300 meter dari ibu pejabat Bermaz Motor di Glenmarie Shah Alam, ia merupakan penambahan terbaharu dalam aspek kemudahan perkhidmatan selepas jualan Mazda.

Dengan adanya kemudahan ini, para pemilik kenderaan Mazda boleh mendapatkan pelbagai bentuk servis seperti pembaikan badan, mengecat, penambahan cat perlindungan dan tinted filem.

Mazda-body-paint-glenmarie-mekanika (6)

Kemudahan ini juga menjadi lokasi baharu untuk program-program latihan Mazda sedia ada. Ia melibatkan khidmat selepas jualan dalam teknologi pembaikan badan kenderaan dan teknik semburan cat yang baru.

Mazda-body-paint-glenmarie-mekanika (7)

Program latihan itu dijalankan dengan kerjasama Berjaya Sompo dan Kansai Jepun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button