Buletin

LEXUS NX: RM300,000 – RM385,000

Dalam barisan model Lexus, segmen SUV jenama mewah dari Jepun itu diwakili oleh model RX dan LX.

SONY DSC

Namun, dengan permintaan yang kian meningkat terhadap SUV kompak atau crossover, Lexus tampil mempertaruhkan model Lexus NX.

Projek pembangunan  Lexus NX sebenarnya sudahpun bermula pada 2009. Hasil kerja keras 2,000 orang jurutera itu akhirnya dipersembahkan kepada dunia pada pertengahan 2014 dengan pengeluaran bermula beberapa bulan kemudian.

SONY DSC

Kini, Lexus NX sudah boleh dimiliki oleh rakyat Malaysia apabila Lexus Malaysia melancarkannya secara rasmi pada pagi tadi.

Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai, Lexus NX ditawarkan dalam lima varian dengan pacuan semua roda (AWD) pada harga termasuk insurans seperti berikut:

  1. NX 200t                        : RM299,873
  2. NX 200t Premium    : RM331,679
  3. NX 200t Luxury        : RM352,199
  4. NX 200t F SPORT    : RM378,875
  5. NX 300 Hybrid          : RM385,063

SONY DSC

Sambutan terhadap Lexus NX dilihat agak memberangsangkan. Buktinya, sejak tempahan dibuka pada Oktober 2014, lebih 600 unit telah ditempah sehingga kini.  Varian Lexus NX F SPORT menjadi pilihan yang paling popular.

Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, Lexus Malaysia meletakkan sasaran  untuk menjual 2,000 unit Lexus NX menjelang akhir tahun ini. Ia juga berhasrat untuk menguasai 50 peratus pasaran SUV kompak premium di Malaysia.

SONY DSC

“Lexus NX disasarkan kepada kelompok pengguna yang berbeza. Jadi, saya tidak lihat ia akan menjejaskan jualan model SUV lebih besar iaitu RX,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Buat pertama kalinya, Lexus menggunakan enjin 2.0-liter twin-scroll turbocharged ke dalam model NX. Sebelum ini, Lexus dilihat lebih cenderung untuk menggunakan enjin aspirasi biasa (N/A) seperti enjin V6 bersesaran 2.5 liter pada model keluarannya.

SONY DSC

Enjin turbo itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 235hp @ 4,800 hingga 6,500rpm dan tork maksimum 350Nm bermula daripada 1,650 – 4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

“Saya memilih untuk tidak menggunakan transmisi lapan kelajuan sebagaimana yang ada pada model RX atas beberapa sebab. Antaranya, transmisi enam kelajuan ini lebih ringan dan kompak. Malah, a telah ditambah baik dan diperhalusi operasinya.

SONY DSC

“Kami juga telah membangunkan perisian transmisi baharu. Jadi apabila menggunakan transmisi enam kelajuan ini, penggunaan bahan apinya adalah sama dengan kotak gear lapan kelajuan,” kata Ketua Jurutera Lexus NX, Takeaki Kato yang ditemui dalam satu sesi temu bual eksklusif sebelum majlis pelancaran Lexus NX diadakan.

Kato juga mengesahkan bahawa output enjin turbo itu boleh diperoleh sepenuhnya menggunakan bahan api RON 95.

SONY DSC

Satu lagi enjin yang digunakan ialah enjin Atkinson Cycle bersesaran 2.5 liter untuk varian hibrid. Ia berupaya menjana kuasa sehingga 153hp dan tork 210Nm. Enjin itu dipadankan dengan E-CVT yang pastinya meningkatkan lagi kecekapan penggunaan bahan api.

Rekaan jeriji spindle yang sudah menjadi signatur model moden Lexus menyerlahkan lagi penampilan Lexus NX. Bahagian hadapannya juga nampak lebih garang menerusi penggunaan lampu LED berbentuk Triple L.

Lexus-NX-launch-mekanika (11)

Seperti yang boleh dijangka, ruang kabin NX ternyata mewah dan terasa seperti berada dalam kereta sports. Papan pemukanya dimonopoli oleh skrin paparan bersaiz tujuh yang didatangkan bersama ciri Remote Touch Controller.

Menyentuh tentang sistem audio pula, ia berbeza mengikut varian. Jika anda membeli varian F SPORT atau hibrid, menikmati muzik dengan sistem bunyi Mark Levinson bersama 14 unit pembesar suara semestinya lebih mengujakan.

SONY DSC

Salah satu ciri baharu yang pasti dihargai oleh pengguna ialah pengecaj tanpa wayar Qi. Terletak di dalam kotak konsol, apa yang perlu anda buat ialah letakkan sahaja telefon pintar di atas pad dan ia akan dicaj secara automatik.

Walaupun bersaiz kompak, Lexus NX masih mampu menawarkan ruang yang memuaskan. Lima orang dewasa boleh duduk di dalamnya dengan selesa. Sementara ruang kargonya boleh menempatkan sehingga tiga beg golf tanpa sebarang masalah.

TRP - Lexus NX (15)

Lebih menarik lagi, tempat duduk belakang dengan konfogurasi 60/40 itu boleh dilipat secara elektrik (varian NX 200t Premium, NX 200t Luxury dan NX 300h sahaja).

NX berjaya meraih 5 bintang dalam penarafan ujian rempuhan EURO NCAP. Pencapaian itu dibantu oleh barisan sistem keselamatan yang impresif merangkumi lapan beg udara SRS, sistem brek ABS, BA, Traction Control (TRC), Vehicle Stability Control (VSC), Hill Start Assist (HSA), Blid Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

SONY DSC

Dengan jumlah tempahan yang kian meningkat, tempoh untuk mendapatkan NX dikatakan akan menjadi semakin lama. Biasa lah, barang baik kena la tunggu lama sikit. Betul tak??

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button