Buletin

AKSI BERANI RUSS SWIFT

Pengedar rasmi kenderaan jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia memulakan siri jelajah The Subaru Russ Swift Tour di 19 USJ City Mall pada Sabtu lalu. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Motor Image untuk mempromosikan Subaru dan menyerlahkan teknologi jenama dari Jepun itu. 

Pic1

Acara Subaru Russ Swift Tour dipersembahkan oleh pemandu berpengalaman, Russell Swift atau dikenali sebagai Russ Swift. Di kawasan parkir terbuka The 19 USJ City Mall, para penonton terpegun dengan kepakaran Swift memandu beberapa model Subaru.

Antara aksi yang dipersembahkan adalah Reverse Spins/Parallel Parking, Doughnuts, bergerak dengan dua roda dan rutin tarian. Persembahan yang diadakan pada pukul 1.00 hingga 3.00 petang itu berjaya menarik perhatian lebih 1,500 orang peminat Subaru.

Untuk makluman, Russ Swift memegang rekod Guinness World Record untuk catatan masa terpantas melakukan parallel parking. Swift juga merupakan juara dua kali acara British Autotest Champion serta England Autotest Team Captain pada tahun 1982 dan 1983.

Pic2

Pada tahun 2004, beliau mencatat rekod Guinness World Record selepas melakukan aksi Doughnuts sebanyak sepuluh kali dalam tempoh hanya 16.07 saat.

Persembahan Subaru Russ Swift Tour akan diadakan sebanyak tiga kali sehari (pukul 1.00pm, 3.00pm dan 5.00pm). Selepas Kuala Lumpur, Subaru Russ Swift Tour akan mengunjungi lokasi-lokasi berikut:

Pulau Pinang:         30 November & 1 Disember 2013

Ipoh:                         14 & 15 Disember 2013

Johor Bahru:           21 & 22 Disember 2013

20131011_1538

Ini merupakan kali pertama Russ Swift beraksi dengan kenderaan Subaru di Malaysia. Sebelum ini, beliau pernah melakukan aksi sama di Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button