,
Buletin

ANDA KINI BOLEH LANGGAN RENAULT MEGANE R.S. 280 CUP – BERMULA RM3,999 SEBULAN

TC Euro Cars baru-baru ini mengumumkan bahawa Renault MEGANE R.S. 280 Cup kini ditawarkan dalam program Renault Subscription.

Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh menikmati pengalaman ‘pemilikan’ unik sebuah jentera menarik tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang banyak untuk bayaran pendahuluan, menanggung faedah pinjaman yang tinggi, membayar kos penyelenggaraan berkala, terikat kepada perjanjian sewa beli yang panjang atau terjejas dengan penyusutan nilai.

MEGANE R.S. 280 Cup serba baharu didatangkan dengan pilihan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) atau manual enam kelajuan. Kedua-duanya ditawarkan menerusi pakej Renault Subscription untuk tempoh satu hingga tiga tahun.

MEGANE R.S. 280 Cup serba baharu padat dengan teknologi baru dan dipertingkatkan seperti sistem stereng empat roda 4CONTROL – teknologi pertama dalam segmennya di dunia yang meningkatkan lagi keupayaan ketika mengambil selekoh.

Renault Subscription membolehkan pelanggan memilih salah satu daripada dua pelan Fixed Plan atau Switch Plan.

Fixed Plan ialah satu pelan yang lebih berstruktur, boleh didapati untuk tempoh pendek iaitu satu, dua atau tiga tahun dengan yuran bulanan MEGANE R.S. serba baharu hanya RM3,999 yang merangkumi cukai jalan, cukai jalan dan kos servis berkala.

Pelanggan yang memilih Switch Plan pula akan menikmati lebih banyak kebebasan dan fleksibiliti kerana mereka diberi akses kepada seluruh rangkaian model Renault tanpa sebarang perubahan pada kadar yang telah diumum sebelum ini.

Switch Plan menawarkan Renault Captur bersama pilihan untuk memandu Renault Koleos dan MEGANE R.S. dalam tempoh Subscription.

Bukan itu sahaja, Switch Plan tidak mempunyai had perbatuan dan tiada penalti pembatalan. Yurannya merangkumi insurans, cukai jalan dan kos penyelenggaraan biasa. Aspek wear and tear untuk Captur juga termasuk dalam pelan ini.

Unit terhad MEGANE R.S. 280 Cup boleh didapati menerusi program Subscription. Jadi, mereka yang berminat disaran agar mendaftar dengan segera di www.renault.com.my.

Tags
Google ads
Back to top button