
BALIK KAMPUNG IN STYLE DENGAN RENAULT KOLEOS – LANGGAN ATAU MILIKI DENGAN TAWARAN HEBAT RAMADAN INI!
Bulan Syawal semakin hampir, dan sudah tiba masanya untuk merancang perjalanan balik kampung bersama keluarga tersayang.
Renault ingin menjadikan pengalaman pemanduan anda lebih selesa dan bebas tekanan dengan tawaran eksklusif langganan (Subscription) Renault Koleos yang lebih berbaloi dan menjimatkan!

Langgan Renault Koleos – Memandu Tanpa Beban
Nikmati pengalaman pemanduan premium dengan Renault Koleos Fixed Subscription yang kini ditawarkan pada harga serendah RM1,699 sebulan (tidak termasuk Collision Damage Waiver (CDW) dan deposit keselamatan). Pilih daripada tiga varian yang ditawarkan:
- Standard
- Signature
- Signature Plus
Dengan pelan langganan ini, anda boleh menikmati pemanduan tanpa rasa bimbang kerana semuanya sudah termasuk dalam pakej:
- Cukai jalan
- Insurans
- Servis berkala
- Perlindungan wear & tear
Pelan Langganan Tetap Renault Koleos
Senang sahaja, hanya pilih tempoh langganan yang sesuai dengan keperluan anda:
- 6 bulan – Dari RM2,599/bulan (10,000km mileage cap)
- 1 tahun – Dari RM2,099/bulan (20,000km/setahun mileage cap)
- 2 tahun – Dari RM1,899/bulan (20,000km/setahun mileage cap)
- 3 tahun – Dari RM1,699/bulan (20,000km/setahun mileage cap)
Selain itu, tambahan pilihan seperti kerusi kanak-kanak, perakam papan pemuka atau jarak perbatuan (mileage) tambahan juga boleh didapati dengan sedikit bayaran tambahan untuk keselesaan maksimum.
Ini adalah tawaran paling berbaloi di pasaran – sesuai untuk mereka yang ingin meraikan Ramadan dan Aidilfitri dengan lebih penjimatan dan tanpa stress!
Mengapa Pilih Langganan Renault Koleos?
Langganan Renault Koleos menawarkan pelbagai kelebihan:
- Kos permulaan yang rendah – Tanpa bayaran pendahuluan begitu besar, hanya deposit keselamatan yang boleh dikembalikan.
- Tidak terikat dengan komitmen jangka panjang – Sesuai jika anda hanya perlukan kenderaan buat sementara waktu.
- Pemanduan tanpa tekanan – Semua kos penyelenggaraan, insurans dan cukai jalan sudah termasuk.
- Manfaat perniagaan – Langganan di bawah nama syarikat memberikan kelebihan dari segi percukaian.
- Fleksibiliti selepas tamat langganan – Anda boleh memperbaharui, memulangkan atau membeli kenderaan yang disewa jika anda menyukainya!
Renault Koleos – SUV Premium dengan Ciri Mewah

Renault Koleos ialah sebuah SUV premium yang menawarkan pengalaman pemanduan lancar dengan enjin 2.5L berkuasa 171PS dan tork 226Nm.

Dilengkapi sistem infotainmen moden melalui skrin sentuh 8.7-inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, ia membolehkan navigasi dalam talian dan luar talian serta penstriman audio secara Bluetooth dilakukan dengan mudah.
Keselesaan pemandu dan penumpang turut menjadi keutamaan dengan tempat duduk larasan elektrik serta kabin luas yang memberikan suasana mewah.

Selain itu, ruang kargo yang fleksibel membolehkan kapasiti but antara 542 liter hingga maksimum 690 liter dengan but kuasa automatik untuk kemudahan tambahan.


Dari segi keselamatan, Renault Koleos dilengkapi pelbagai ciri seperti Blind Spot Warning (BSW), Electronic Stability Program (ESP) dan Hill Start Assist (HSA) untuk perlindungan maksimum sepanjang perjalanan.
Tak Mahu Langgan? Miliki Renault Koleos Terpakai Hari Ini!
Jika anda tidak ingin melanggan, anda juga boleh memilih untuk membeli dan memiliki Renault Koleos Terpakai secara kekal, dengan harga bermula daripada hanya RM64,800 hingga RM143,800, serta rebat sehingga RM10,000 untuk pembelian tunai!
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perjalanan balik kampung dengan lebih selesa, premium, dan bebas tekanan bersama Renault Koleos.
- BACA: KELAHIRAN SEMULA LAGENDA RENAULT R5 TURBO 3E BAHARU DENGAN UNIT YANG TERHAD
- BACA: RUSSIA BELI KILANG RENAULT DENGAN HARGA 1 SEN – HARGA JUALAN DITETAPKAN TERBARU SEKITAR USD1.3B
- BACA: GEELY MAHU BELI SAHAM RENAULT BRAZIL! EDAR KENDERAAN GEELY
- BACA: RENAULT GROUP KONGSI PELESENAN FIREMAN ACCESS PERCUMA, PADAM KEBAKARAN EV TERUS KEPADA BATERI