Buletin

HONDA BR-V DILANCARKAN – BERMULA RM85,800

Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Crossover 7 tempat duduk yang bergaya dan praktikal, Honda BR-V serba baharu.

Honda BR-V yang dikenali sebagai Bold Runabout Vehicle telah dibangunkan khas oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd (HRAP) untuk pasaran Asia dan Oceania. Ia menjadi model HRAP pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-13

“ASEAN terus menjadi pasaran penting untuk perniagaan Honda di peringkat global. Kami menyaksikan pertumbuhan jenama Honda yang memberangsangkan di rantau ini daripada XXX unit kepada XXXX unit dengan pertumbuhan sebanyak XX% sejak sedekad lalu.

BACA: HONDA BR-V – CROSSOVER YANG WAJIB ANDA TUNGGU

BACA: PREBIU DUNIA PROTOTAIP HONDA BR-V

“BR-V ialah sebuah model yang spesifik untuk pasaran Asia dan Oceania. Kami menjangkakan permintaan terhadap model SUV dan kenderaan utiliti akan terus berkembang, selari dengan keperluan pelanggan di rantau ini,” kata Ketua Pegawai Operasi, Operasi Serantau (Asia dan Oceana) Honda Motor Co., Ltd. yang juga Presiden dan Pengarah Asian Honda Motor Co., Ltd., Noriaki Abe.

Honda Malaysia menawarkan BR-V dalam dua varian iaitu E dan V. Varian E ditawarkan pada harga RM85, 800. Manakala varian V pula berharga RM92,800 (atas jalan dengan insurans). Ia datang dengan jaminan tanpa had selama 5 tahun. Sasaran jualan BR-V di seluruh negara ialah 800 unit sebulan.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC Honda dan dipadankan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah Teknologi Earth Dreams Honda. Enjin tersebut mampu menjana kuasa mencecah 120PS dan tork 145Nm. Cukup untuk membawa tujuh orang penumpang dan bagasi tanpa sebarang masalah.

honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-17

Padat dengan pelbagai ciri praktikal, ia pasti dapat menarik minat golongan sudah berkeluarga. Rekaan bahagian luaran SUV itu menyerlahkan penampilan yang lasak. Manakala reka bentuk solid wing pada bahagian hadapan kelihatan begitu kemas.

Satu set rim aloi dua tona bersaiz 16 inci, roof rail dan lampu nyalaan siang (DRL) melengkapkan lagi rupa luarannya. Kamera dan alat pengesan ketika mengundur juga ditawarkan demi memberi kemudahan kepada pengguna.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam BR-V, anda akan dapat merasai material yang berkualiti tinggi, ruang dalaman luas dan corong pendingin hawa untuk penumpang belakang.

Varian V tampil dengan lebih menarik menerusi pelbagai ciri premium untuk segmen B seperti paparan audio & pendingin hawa automatik bersaiz 6.1 inci, butang penghidup enjin, kemasukan pintar dan kemasan kulit. Selain stereng dengan butang kawalan audio yang dibalut kulit.

honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-14

Bukan itu sahaja, praktikaliti BR-V serba baharu diserlahkan lagi menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk. Tempat duduk baris kedua boleh dilipat dan dinaikkan (Tilt & Tumble) menjadi konfigurasi 60:40 dengan hanya satu sentuhan mudah.

Sementara tempat duduk baris ketiga pula hadir dengan konfigurasi Tilt & Tumble 50:50. Sebanyak 11 pemegang tempat minuman jelas memberi kemudahan kepada sebuah keluarga yang besar tanpa perlu berkompromi dengan aspek ruangnya.

Tidak cukup? BR-V juga dikenali dengan pelbagai ciri yang mendahului kelasnya. Antaranya, memiliki ruang kargo paling luas (223 liter) apabila semua tempat duduk dinaikkan. Ruang itu boleh meningkat menjadi 539 liter apabila tempat duduk baris ketiga dilipat. Selain dan jarak kelegaan tanah sehingga 201mm, lebih tinggi daripada Honda CR-V!

honda-br-v-test-drive-thailand-mekanika-16

Harus tahu bahawa BR-V yang telah menerima penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP dilengkapi dua beg udara hadapan SRS, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD) dan ISOFIX.

BR-V hadir bersama tiga pakej aksesori. Pakej Utiliti yang ditawarkan pada harga RM1,280 merangkumi visor pintu, bekas pada bahagian kargo, trunk organiser, pelindung cahaya matahari dan filem perlindungan pada pintu.

Pakej Urban yang terdiri daripada sporlier belakang, pemijak sisi dan kemasan pemijak kaki ditawarkan pada harga RM2,945. Sementara Pakej Modulo yang berharga RM3,750 pula menawarkan kemasan pada bahagian hadapan dan belakang, selain skirting sisi serta spoiler belakang.

BR-V didatangkan dalam lima warna iaitu merah, kelabu, perak, putih dan warna baharu, coklat.

Di samping harga BR-V yang begitu menarik, Honda Malaysia turut menawarkan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan selang servis 10,000km di mana-mana 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button