Buletin

APABILA TOYOTA YARIS JADI PIKAP KECIL DAN COMEL

Jika dibuat kajian tentang mahu atau tidak dipasarkan sebuah pikap atau ute ala Proton Arena rasanya ramai yang akan bersetuju.

Proton Arena adalah produk yang bagus cuma masa pelancarannya tidak berapa sesuai dengan gaya hidup kebanyakan pengguna pada waktu itu.

Pikap kecil ata ute lebih praktikal dalam beberapa perkara seperti saiz kecil, mudah dipandu serta menjimatkan dari segi pemilikan dan kos pengggunaan.

Memandangkan pikap kecil semakin popular apa kata syarikat gergasi dunia Toyota memperkenalkan adik kepada Hilux iaitu Yaris Adventure

HiAce Convertible – Sebuah lagi projek April’s fools Toyota

Tuan-tuan dan puan-puan harap maafkan kami ini hanyalah projek April’s Fool daripada Toyota sendiri.

Selepas Toyota Australia mengumumkan projek April’s fool Hiace convertible kini giliran Toyota Amerika Syarikat pula mengambil bahagian dengan Yaris Adventure ini.

Sudah alang-alang mengejutkan ramai, Toyota memaklumkan Yaris Adventure menggunakan enjin 1.5 liter empat silider dengan kuasa kuda 103 hp.

Walaupun April’s fools, projek HiAce tanpa bumbung dan pikap Yaris nampak menarik

Selain daripada maklumat tersebut tiada apa lagi yang boleh ditonjolkan kerana ia hanya fantasi sempena April’s fool sahaja.

Di sebalik gurauan ini sebenarnya telah timbul satu idea iaitu kenapa Yaris Adventure ini tidak dijadikan realiti sahaja.

Kesian Toyota Hilux, dah lama jadi anak tunggal.

Tags
Google ads
Back to top button