Iklan Pilihan

#IKLANPILIHAN: PROTON SATRIA NEO CUSCO RALLY CAR DIJUAL DI JEPUN – RM17.5K SAHAJA!

Sebelum tidur semalam, ada satu newsfeed di laman Facebook rasmi milik JDM Auto Parts Supply & Service yang menarik perhatian saya.Β 

Sebagaimana yang anda tahu, page itu menawarkan pelbagai model JDM, alat ganti dan yang sewaktu dengannya untuk para peminat kereta-kereta Jepun.Β 

Kali ini, model yang sedang dilelong ialah sebuah Proton Satria CUSCO Neo Rally Car berwarna putih, lengkap dengan pelekat CUSCO. Lebih menarik lagi, ia hanya ditawarkan pada harga 380,000 yen (RM17,500) dan sudah dibuka untuk bidaan!

Jentera itu sebenarnya lahir apabila syarikat alat ganti terkenal dari Jepun, CUSCO membeli Satria Neo standard pada tahun 2011.

Hatchback yang dijual di Jepun itu kemudian diubah suai mengikut piawaian dan garis panduan FIA Kumpulan N bagi tujuan perlumbaan rali.

Satria Neo yang dibangunkan khas itu ditawarkan kepada pelanggan yang ingin bersaing dalam Kejohanan Rali Junior di Jepun dan Asia Pasifik.

Membuat penampilan pertama pada acara Ia dibina di atas platform Satria Neo dengan enjin Campro bersesaran 1.6 literΒ 

CUSCO sememangnya satu jenama sistem suspensi, pengukuhan chasis dan LSD yang terkenal serta sering terlibat dalam sukan-sukan bermotor.Β 

Tampil sebagai sebuah kereta rali sebenar, ia dilengkapi dengan pelbagai komponen perlumbaan yang dibangunkan sendiri oleh CUSCO seperti roll-cage, LSD dan sebagainya. 

Pemandu rali terkenal negara, Karamjit Singh dilapor pernah memandu sebuah Proton Satria Neo 2WD yang telah ditala oleh CUSCO. Beliau berjaya menjadi juara keseluruhan dalam APRC 2011 kategori 2WD di Queensland, Australia.Β 

kredit foto: FB JDM Auto Parts Supply & Service

GALERI

Google ads
Back to top button