
ASTON MARTIN UNTUNG PERTAMA KALI DALAM SEDEKAD (DAN MEREKA MASIH TAK JUAL SUV!)
Jenama mewah adalah pasaran kecil tetapi jika dibuat dengan betul, ia boleh jadi perniagaan yang sangat menguntungkan. Kerana itu juga, dalam industri automotif, semuanya tentang mengikut kehendak semasa.
Bila bercakap tentang kehendak konsumer, hari ini, SUV merupakan penguasaan tersebesar dalam jumlah jualan industri. BMW sudah lama mempelbagaikan varian siri SUV X mereka, Mercedes yang dahulunya cuma ada ML dan G Wagon, kini sudah ada pilihan SUV yang lebih banyak.
BACA: ASTON MARTIN ELEKTRIK RapidE
Lamborghini juga ada Urus dan Porsche yang hampir bangkrap berjaya diselamatkan dengan jualan Cayenne. Kemudian mereka ada Macan yang lebih kecil. Jaguar sudah ada F-Pace. yang lain?
Aston Martin masih belum ada SUV mereka tetapi apa yang lebh mengejutkan, buat pertama kali dalam sembilan tahun, Aston Martin berjaya mencatat keuntungan.
Mereka menjual 5,117 buah kenderaan tahun lepas dan ia bilangan pertama melepasi angka 5,000 sejak tahun 2008.
Menurut laporan yang dikeluarkan, ia adalah hasil permintaan tinggi grand tourer DB11. Jualan kedua tertinggi ialah model Vanquish Zagato dan diikuti Vantage GT8.