Buletin

RINGBROTHERS OCTAVIA, PROJEK UBAH SUAI ASTON MARTIN DBS, 5.0L V8 FORD PERFORMANCE 805 HP!

Ringbrothers, pembina kereta ubah suai dan pengeluar komponen automotif dari Amerika Syarikat memperkenalkan projek terbaru iaitu Aston Martin DBS tahun 1971 yang dinamakan OCTAVIA.

Ini kali pertama Ringbrothers mengubahsuai sebuah Aston Martin dan juga penampilan sulung mereka di acara berprestij Monterey Car Week.

Ringbrothers yang berpusat di Spring Green, Wisconsin diperakui dengan beberapa anugerah seperti Chevrolet Best in Show, Goodguys Street Machine of the Year dan SEMA Battle of the Builders pada 2019 dan 2022.

OCTAVIA direka untuk menjadi sesuatu yang luar biasa, menggabungkan ikon permotoran British dengan teknologi moden.

Pereka Gary Ragle memainkan peranan penting dalam kejuruteraan termasuk ruang enjin, keseluruhan dalaman, pelbagai komponen khas dan membentuk badan Aston yang dipertajam.

Bermula dengan sebuah Aston Martin DBS 1971, kereta ini menjalani pengubahsuaian mendalam yang mempamerkan reka bentuk automotif, pengeluaran dan seni bina khas Ringbrothers.

Projek ini memakan masa lebih 12,000 jam yang menggabungkan kejuruteraan dan ketelitian kemahiran pembuatan oleh pasukan Ringbrothers.

Ciri-ciri Utama OCTAVIA

  • Enjin: Dikuasakan enjin Ford Performance 5.0-liter Coyote V8 yang disiapkan oleh Wegner Motorsports dengan supercas Harrop Performance 2.65 liter buatan khas.

  • Output Kuasa: 805 hp.

  • Transmisi Manual: Transmisi manual Bowler TREMEC TR-6060 Magnum enam-kelajuan (transaxle dan tiub tork) .

  • Badan Gentian Karbon: Kerangka badan direka daripada gentian karbon penuh Gemini Technology Systems, Inc.
  • Jejak Roda: Lebar jejak kereta ditambah 8 inci di hadapan dan 10 inci di belakang.

  • Jarak Roda: Jarak roda dipanjangkan dengan roda hadapan dianjak 3 inci ke hadapan.
  • Casis Ubah Suai: Menggunakan casis Roadster Shop FAST TRACK Stage III buatan khas untuk pengendalian yang dipertingkatkan dan kedudukan yang lebih agresif.
  • Struktur Diperkukuh: Menampilkan rangka struktur satu-satunya yang direka khas dan disambung ke badan untuk kekukuhan maksimum.
  • Roda: Roda HRE Wheels tiga bahagian jenis ‘centerlock’ dengan hub pacuan pin Porsche. Ukuran roda hadapan adalah 19×11 inci dan roda belakang 20×13 inci.

  • Tayar Berprestasi Tinggi: Michelin Pilot Sport Cup 2. Ukuran tayar hadapan adalah 285/35R19 dan tayar belakang 345/30R20.
  • Sistem Brek Berprestasi: Daripada Brembo, cakera brek Type-3 380x34mm buatan khas dengan angkup GT M6 di hadapan dan cakera brek Type-3 380x28mm buatan khas dengan angkup GT M4 di belakang.
  • Suspensi: Gegelung peredam RS SV oleh Fox Racing jenis injap tetap di keempat-empat sudut yang direka dan hasil buatan Ringbrothers.

  • Sistem Ekzos Buatan Khas: Header dan ekzos dibina khas oleh Ringbrothers dengan peredam Borla. Header diinsulasi dengan HeaderShield.
  • Kemasan Luaran Premium: Warna BASF Glasurit Double-0 Silver dengan riasan Nuclear Olive.
  • Riasan Aluminium Billet & Cetakan 3D: Semua riasan dan hiasan berkilat dihasilkan dari aluminium billet dan dicetak 3D dalam keluli tahan karat menggunakan pembuatan aditif. Ini termasuk suis dalaman buatan khas yang dimesin dan dicetak 3D.
  • Dalaman Mewah: Menampilkan papan pemuka gentian karbon, riasan keluli tahan karat cetakan 3D, pemegang pintu aloi tembaga dimesin, serta sentuhan kulit berlipat. Pemasangan dalaman dilakukan oleh Steve Pearson di Upholstery Unlimited.

  • Teknologi Dalaman: Visor malap lutsinar Gentex dan cermin pandang belakang auto-malap Full Display Mirror (FDM) dan kamera oleh Gentex pertama kali ditampilkan dalam kereta jalanan, bersama dengan cermin sisi auto-malap satu-satunya dengan kawalan elektronik dan lampu isyarat belok LED RB.
  • Stereng Buatan Khas: Stereng Ringbrothers OCTAVIA dengan karbon.
  • Sistem Kawalan Suhu: Vintage Air Gen IV Magnum Evaporator Kit.

OCTAVIA melambangkan kemuncak seni kejuruteraan dan reka bentuk automotif Ringbrothers.

Projek ini menggabungkan kreativiti dan hasil penalaan Amerika Syarikat dengan warisan British, satu yang jarang dilihat.

Google ads
Back to top button