Artikel Pilihan

ASTON MARTIN VALKYRIE LM – PELUANG UNTUK MILIKI KERETA LE MANS SEBENAR

Hanya seminggu sebelum kembali menyertai perlumbaan tahan lasak di Le Mans, Aston Martin telah memperkenalkan varian terbaru supercar dengan enjin V12 mereka yang dinamakan Valkyrie LM. Inilah jentera Le Mans sebenar untuk orang awam macam kita semua (janji duit mahu cukup la).

Ia dihadkan kepada sepuluh unit sahaja dan bakal menggunakan chasis dan rekaan yang sama dengan jentera Le Mans yang beraksi di litar. Ia juga bakal gunakan sistem suspense double wishbone dengan spring push rod torsion bar yang sama selain damper boleh laras jentera Le Mans.

Bukan itu sahaja, enjin pun sama, NA 6.5 liter V12 dari Cosworth dengan transmisi sequential tujuh-kelajuan sama seperti versi perlumbaan. fuh, lain macam pakej yang ditawarkan.

Satu kelebihan varian LM ini ialah ia tidak terikat kepada program elektronik yang diselia oleh FIA. Dengan kata lain, ia mungkin lebih laju dari jentera perlumbaan sebenar.

Ia juga lebih mudah dikawal dengan kelengkapan tayar-tayar slick keluaran Pirelli dan sudah ditala agar boleh disuap dengan jenis-jenis petrol yang biasa terdapat di pasaran.

Ini memang sebuah hypercar yang boleh menawarkan pengalaman palng hampir dengan jentera Le Mans sebenar.

Pembeli Valkyrie LM memang boleh memiliki sepenuhnya kereta ini. Cuma kalau anda jenis berangan macam pelumba sebenar dan kereta perlu dihantar di litar menanti kehadiran anda, Aston Martin sedia memenuhi impian anda. Mereka boleh menyediakan pengangkutan dan kru sekali.

Kalau tak cukup lagi, mereka turut sediakan kelas untuk pemandu, jurulatih dan analisa data khusus untuk pemilik Valkyrie LM. Penghantaran dijadualkan bermula pertengahan tahun hadapan.

Harga? Maaf, tak ada pula dinyatakan. Kalau mampu tak adanya nak tanya berapa harga. Jika anda seorang scammer berjaya yang masih belum kena tangkap, ini mungkin peluang anda untuk memiliki sebuah jentera Le Mans terbaru. Tokey kosmetik timbang kati tak payah la kot. Ramai dah hilang dari radar sekarang ni perasan tak?

Google ads
Back to top button