Buletin

CHERY MALAYSIA RASMI BUKA EMPAT PUSAT PAMERAN BAHARU DI SABAH DAN SARAWAK

Chery Malaysia terus mengembangkan rangkaiannya di Malaysia Timur dengan pembukaan empat pusat pameran baharu di Sabah dan Sarawak.

Langkah ini mencerminkan komitmen jenama tersebut dalam meningkatkan aksesibiliti dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya di rantau ini.

Pusat Pameran Chery Sandakan
Dimiliki dan dikendalikan oleh Universal Chery Sdn Bhd, pusat pameran ini terletak di Lot No 1, Taman Wemin, Batu 5, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah.

Ia beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 4 petang (Sabtu), serta 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti umum).

Pusat 3S Chery Tawau
Juga dikendalikan oleh Universal Chery Sdn Bhd, pusat ini beralamat di TB4005, Taman Berkeley, Batu 1, Jalan Apas, 91000 Tawau, Sabah.

Dengan keluasan 682 meter persegi, ia menyediakan kemudahan lengkap termasuk bilik pameran, pusat khidmat pelanggan dan bengkel servis yang dilengkapi empat ruang servis.

Pusat pameran ini dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 4 petang (Sabtu), dan 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti umum).

Pusat servis pula beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat) serta 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu) dan ditutup pada Ahad serta cuti umum.

Pusat 3S Chery Miri
Dimiliki oleh MP Advanced Automotive Sdn Bhd, pusat ini terletak di Lot 8363-8366, Blok 1, Daerah Tanah Lambir, Jalan Miri By-Pass, 98000 Miri, Sarawak.

Dengan keluasan 892 meter persegi, ia menyediakan ruang pameran, perkhidmatan pelanggan serta bengkel servis dengan empat ruang servis.

Pusat pameran ini dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan 9 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti umum).

Sementara, pusat servis beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu) dan ditutup pada Ahad serta cuti umum.

Chery Boutique Showroom di Imago Mall, Kota Kinabalu
Sebagai usaha membawa pengalaman membeli kereta ke lokasi yang lebih strategik, Chery memperkenalkan pusat pameran butik di pusat membeli-belah Imago Mall, Kota Kinabalu.

Dijalankan oleh Universal Chery Sdn Bhd, ia memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat, pandu uji dan menempah model Chery pilihan mereka dengan mudah.

Pusat pameran ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 8 malam (Isnin – Khamis) serta 10 pagi hingga 9 malam (Jumaat – Ahad).

Rangkaian Chery di Borneo dan Perancangan 2025
Dengan pembukaan terbaru ini, Sabah kini mempunyai empat pusat pameran dan dua pusat servis, manakala Sarawak memiliki dua pusat pameran serta dua pusat servis, termasuk kemudahan badan dan cat di setiap negeri.

Sehingga tahun 2024, Chery telah mengendalikan 56 pusat pameran di seluruh negara dan merancang untuk memperluaskan rangkaiannya kepada 65 pusat menjelang 2025.

Untuk senarai penuh lokasi pengedar Chery di Malaysia, layari https://www.chery.my/dealer-locator/.

Google ads
Back to top button