Buletin

PROTON e.MAS 7 PRIME BUKTI KEUNGGULAN – 352KM DENGAN SEKALI CAS

Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat PROTON yang menerajui teknologi kenderaan elektrik (EV), mencipta penanda aras baharu dalam industri EV Malaysia dengan mengadakan jelajah langsung bagi menguji keupayaan Proton e.MAS 7 Prime.

Model ini berjaya menempuh perjalanan sejauh 352km merentasi Shah Alam, Melaka, dan Port Dickson tanpa perlu pengecasan semula, sekali gus membuktikan ketepatan jarak rasmi WLTP sebanyak 345km.

Menariknya, selepas melengkapkan perjalanan tersebut, kenderaan ini masih memiliki baki jarak sejauh 43km, menjadikan jumlah keseluruhan 395km.

Jelajah ini bermula dari Proton Centre of Excellence (COE), dengan persinggahan di hentian R&R Seremban sebelum meneruskan perjalanan ke pusat pengedar Proton e.MAS di Melaka.

Ujian ini merangkumi pelbagai situasi pemanduan seperti lebuh raya dan lalu lintas bandar bagi menilai kecekapan tenaga serta keselesaan pemanduan.

Sepanjang perjalanan, PRO-NET turut berkongsi data prestasi kenderaan secara langsung, memperkukuhkan keyakinan terhadap sistem bateri, pengurusan tenaga, dan keupayaan jarak jauh model ini.

Ketelusan dan Kepercayaan Melalui Siaran Langsung

Dalam satu langkah inovatif, PRO-NET menyiarkan perjalanan ini secara langsung bagi membolehkan orang ramai menyaksikan sendiri prestasi Proton e.MAS 7 Prime dalam keadaan sebenar.

Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Pn. Salawati Mohd Yusoff bersama pakar produk dan pempengaruh dalam industri mobiliti EV, membincangkan pelbagai aspek berkaitan pemilikan EV, termasuk rangkaian pengecasan, kecekapan bateri, serta teknologi terkini dalam dunia elektrifikasi.

Jelajah ini bukan sekadar menguji kebolehan e.MAS 7 Prime, malah ia juga mencerminkan permintaan tinggi terhadap EV Proton.

Setakat ini, lebih 1,000 unit telah berjaya dihantar kepada pelanggan, menjadikan pencapaian ini sebagai titik penting dalam perjalanan Proton ke arah elektrifikasi.

Sambutan Raya Ikonik: Balik Kampung dengan EV yang Lebih Hijau

Seiring dengan peralihan rakyat Malaysia ke arah mobiliti elektrik, Proton e.MAS menawarkan pengalaman pemilikan EV yang lebih lancar sempena musim perayaan ini.

Dengan promosi istimewa Raya, pelanggan berpeluang memiliki Proton e.MAS 7 Prime tepat pada masanya untuk perjalanan balik kampung yang lebih selesa dan mesra alam.

Orang ramai dijemput untuk menghadiri sambutan Raya Ikonik di bilik pameran Proton e.MAS pada 15 dan 16 Mac bagi menikmati pelbagai tawaran eksklusif, aktiviti menarik, serta peluang untuk mengenali masa depan mobiliti elektrik dengan lebih dekat.

Google ads
Back to top button