
BALIK KAMPUNG DENGAN CONTINENTAL TYRES – NIKMATI TOUCH ‘N GO E-WALLET SEHINGGA RM200
Continental Tyres Malaysia, antara perintis dan pengeluar tayar terbesar di dunia, kini menawarkan promosi istimewa sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Continental Tyres menawarkan sehingga RM200 dalam bentuk kredit Touch ‘n Go e-wallet bagi pembelian tayar daripada jenama terpilih Continental, Dunlop & Viking di seluruh negara.
Pelanggan akan layak secara automatik untuk menikmati promosi eksklusif Hari Raya dengan mendaftar Total Confidence Plan (TCP) melalui aplikasi Conti TCP.

Untuk makluman, kredit Touch ‘n Go e-wallet tersebut hanya akan diterima oleh pelanggan selepas proses pengesahan dan status penebusan.
Total Confidence Plan (TCP), suatu pelan unggul menawarkan jaminan tambahan serta pakej komprehensif yang membolehkan pelanggan mendapatkan penggantian tayar satu untuk satu sekiranya berlaku kerosakan tayar berpunca daripada keadaan jalan tidak dijangka dalam tempoh satu tahun selepas pembelian.
Pengguna Continental, Dunlop & Viking boleh mendaftar dan memfailkan tuntutan waranti pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi Conti TCP yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.
Tawaran terbaharu Continental akan tersedia dari 15 Mac hingga 30 April, dengan pembelian minimum dua tayar berjenama Continental dari 15-inci dan ke atas, atau dua tayar berjenama Dunlop & Viking dari 17-inci dan ke atas.
Promosi ini terbuka kepada pelbagai jenis kenderaan seperti kereta penumpang, SUV, MPV, dan 4×4 dari peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara, atau melalui platform e-dagang seperti Shopee atau Lazada rasmi Continental.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/promotion
Untuk butiran lanjut mengenai TCP, sila layari https://www.continental-tires.com/my/en/b2c/tyres-warranty/total-confidence-plan/
- BACA: CYBERSAMSUNG S-TWENTY: SMARTPHONE DIINSPIRASIKAN DARI TESLA CYBERTRUCK, HARGA RM42K SAHAJA
- BACA: XPENG BAKAL LANCAR MODEL EV UNTUK PASARAN MALAYSIA
- BACA: MPV REMPUH SHOWROOM ROSAKKAN PORSCHE GT3 – NGAPAIN KAMU OM
- BACA: NISSAN BAKAL TAMATKAN PENGELUARAN SUPERCAR GT-R: NISSAN HYPER FORCE JADI PENGGANTI?



