Buletin

CHERY MALAYSIA PERKENALKAN PAKEJ EXTRA PEACE OF MIND KEPADA PEMILIK OMODA 5 DAN TIGGO 8 PRO

Chery Malaysia hari ini memperkenalkan Pakej Extra Peace of Mind kepada pemilik baru model OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro untuk mempunyai pengalaman pemanduan tanpa-perlu-bimbang.

Pakej Extra Peace of Mind ini merangkumi penyelenggaraan penting bagi pemilik OMODA 5 dan TIGGO 8 Pro, memastikan kenderaan mereka diservis mengikut jadual dan diperiksa secara berkala.

Dengan tambahan RM11,600, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pakej ini apabila membeli OMODA 5 atau TIGGO 8 PRO.

Pakej komprehensif ini merangkumi penggantian item penyelenggaraan berjadual seperti Minyak Enjin, Penapis Minyak Enjin, Coolant Radiator, Cecair Brek, Penapis Udara, Spark Plug, Pencuci Minyak Enjin, serta Minyak Transmisi untuk 7 tahun pertama.

Komitmen oleh Chery ini tidak hanya menjamin perkhidmatan berkualiti terbaik tetapi juga meningkatkan nilai jualan semula kenderaan pada masa depan.

Dengan membeli Pakej Extra Peace of Mind, pelanggan boleh yakin bahawa mereka tidak akan terjejas oleh peningkatan harga alat ganti atau kos penyelenggaaraan dari masa ke semasa.

Selain itu, Pakej Extra Peace of Mind ini juga menawarkan waranti enjin selama 10 tahun atau liputan sehingga 1 juta kilometer, memastikan perlindungan menyeluruh dan keyakinan yang meluas untuk pelanggan.

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Extra Peace of Mind, layari laman https://www.chery.my/ atau berkunjung ke pusat pameran Chery di seluruh negara.

Google ads
Back to top button