
XPENG BAKAL LANCAR MODEL EV UNTUK PASARAN MALAYSIA
Pembuat kenderaan elektrik (EV) China Xpeng merancang untuk melancarkan model pemanduan kanan pertamanya pada separuh kedua tahun ini dan menyasarkan pasaran seperti Hong Kong dan Asia Tenggara.
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xpeng, He Xiaopeng berkata Thailand, Singapura serta Malaysia akan menjadi sasaran memandangkan Xpeng, sebahagiannya dimiliki oleh Volkswagen Group, berusaha untuk menyerlahkan imej antarabangsanya sebagai pembina EV pintar terkemuka.
“Selaras dengan strategi go-global 2.0 Xpeng, kami telah menjalin perkongsian bersama banyak pengedar berkebolehan di luar negara, dengan matlamat utama menjadikan kereta elektrik pintar boleh diakses oleh pelanggan di seluruh dunia,” katanya.

Penghantaran kereta pacuan kanan di luar China akan memperluaskan jualan Xpeng selepas terpaksa bersaing dalam perang harga di China.
Tambahnya lagi, Xpeng juga akan berusaha untuk menembusi pasaran utama Eropah seperti Jerman dan Perancis dengan model pemanduan kirinya.
Presiden syarikat itu, Brian Gu, memberitahu tahun lepas bahawa kereta pacuan kanan pertamanya akan menjadi edisi terkini kenderaan utiliti sukan (SUV) G6 yang paling laris.
Gu berkata pada Jun, model berkenaan mungkin akan diperkenalkan di Hong Kong pada akhir 2024.
Di China, G6, yang mampu mengemudi secara automatik di sepanjang jalan bandar menggunakan Navigation Guided Pilot (X NGP), berharga daripada AS$29,212 (RM137,413).