Artikel Pilihan

MPV REMPUH SHOWROOM ROSAKKAN PORSCHE GT3 – NGAPAIN KAMU OM

Kemalangan jalan raya memang selalu berlaku setiap hari di mana-mana sahaja. Sudah tentu ia akan melibatkan kerugian untuk kesemua pihak. Kalau kemalangan kecil mungkin okey, boleh kawtim untuk selesaikan kat tepi je tapi kemalangan macam yang berlaku dekat Indonesia ni memang ‘mengerikan’. Bukan sebab kehilangan nyawa tapi melibatkan kos yang sangat tinggi. Boleh bayang macam mana rasanya terlanggar ruang pameran yang penuh dengan kereta mewah?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Itulah yang berlaku dalam video yang disertakan di bawah. Butirannya tidak berapa jelas tapi ia melibatkan sebuah Mitsubishi Xpander yang terbabas dan melanggar sebuah ruang pameran kereta mewah yang dikenali sebagai Ivan’s Motor di pinggir bandaraya Jakarta.

Tidak diketahui apa yang menyebabkan kemalangan ini namun video tersebut sudah menjadi tular di Indonesia. Namun begitu video tersebut hanya menunjukkan keadaan ruang pameran selepas kemalangan

Pecahan kaca pintu ruang pameran jelas kelihatan berteraburan selepas kemalangan. Deretan kereta-kereta yang cantik diletakkan tersusun cantik dalam ruang pameran tersebut dan terletak di hadapan sekali ialah sebuah Porsche 911 GT3 yang sudah pun kemek di hadapan akibat rempuhan. Kesian kereta idaman abang Japar kena langgar.

Mitsubishi Xpander tu pula elok je macam bercium dengan GT3 malang tu. Nasib baik la sebuah McLaren yang berada berhampiran nampak macam terselamat. Selamat dari kerosakan besar la sebab kalau dilihat pada pecahan kaca tu, mustahil tak ada yang mengenai badan supercar UK tu.

Sewaktu kamera perakam sedang bergerak menghampiri kawasan kejadian, bunyi tayar boleh didengar bergesel dengan lantai ruang pameran. Tak pastilah sama ada pemandu Xpander tu nak mengundur sedikit ataupun cuba melarikan diri. Namun sekumpulan lelaki yang dipercayai pekerja di situ cuba menghalang pemandu Xpander dari mengalihkan kenderaannya.

Insiden tersebut kini dalam siasatan polis tapi yang pasti ia melibatkan pampasan insuran yang sangat tinggi. Untuk rekod Xpander baharu berharga sekitar 250 juta rupiah di Indonesia (RM75,000) manakala Porsche GT3 pula sekitar 9 billion rupiah (RM2.7)! Matilanak nak cover semua tu. Itu belum campur kos kerosakan ruang pameran dan macam-macam lagilah.

Google ads
Back to top button