
ACO TECH, GENO DAN MARii JALIN KERJASAMA, PERKASAKAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM EV
Pembekal mobiliti pintar, ACO Tech, telah menandatangan satu Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Geno dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Kerjasama berkenaan adalah untuk mengkaji penggunaan penyelesaian rantaian blok (blockchain) bagi infrastruktur Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia.
Kolaborasi ini sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
Selain itu, ia juga akan membantu kerajaan dalam merealisasikan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 dengan membina asas kukuh bagi industri untuk berkembang melalui pembangunan Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), termasuk EV.

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Encik Li Pu berkata, “Kami teruja dengan prospek pertumbuhan sektor mobiliti di Malaysia dengan adanya sokongan Kerajaan dan polisi yang progresif.
“Sebagai pembekal penyelesaian mobiliti pintar yang utama, ACO Tech bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran kami serta menyokong semua pihak berkepentingan dalam mencapai matlamat negara.”
Untuk rekod, kerajaan sasar untuk mencapai 20 peratus Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang 2030, 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050.
Ketua Pegawai Eksekutif MARii Encik Azrul Reza Aziz menegaskan komitmen mereka bagi membina landasan untuk infrastruktur yang selamat dan boleh dikembangkan selaras dengan Dasar Automotif Kebangsaan 2020.
Sementara, Ketua Pegawai Eksekutif Geno Encik Zhang Yi Ian menyatakan langkah strategik ini bertujuan meningkatkan penglibatan dengan pelanggan pengguna akhir, membolehkan interaksi lebih awal, mendalam serta berkekalan.
Tambahan, pendekatan ini berupaya mengurangkan kos, meningkatkan pengalaman, keyakinan pengguna, serta membentuk rekod penjejakan dan penyelenggaraan yang lancar.
- BACA: GARA-GARA DOUBLE-PARK, CALL 80 KALI TAK DIJAWAB, WANITA TERPAKSA PERGI HOSPITAL NAIK GRAB
- BACA: WRC2 2024 – OLIVER SOLBERG HEBAT DI BUMI SENDIRI. SYABAS ANAK MUDA!
- BACA: SAMA TAPI TAK SERUPA, MECIDES TIRU MODEL POPULAR UNTUK KAUM ‘ASAL ADA’
- BACA: TOYOTA HILUX DUAL-CAB BERKUASA HIDROGEN DIPERKENALKAN DI THAILAND, BAKAL DIPRODUKSI SECARA TERHAD






