Buletin

BENTLEY CONTINENTAL GT SUPERSPORTS – MODEL KEEMPAT YANG DIBERIKAN PLAT NAMA SUPERSPORT DALAM TEMPOH 100 TAHUN

Kira – kira 100 tahun yang lalu, Bentley pernah menghasilkan model pertama Bentley Supersports. Dan sesuatu yang menarik tentang plat nama Supersports ini, tidak banyak model yang pernah dihasilkan selepasnya. Dan ini adalah model keempat yang digunakan kembali untuk Bentley Continental GT Supersports sepanjang sejarah penggunaan plat nama ini.

Kali terakhir plat nama Supersports ini digunakan adalah pada tahun 2017 , yang juga digunakan pada model Bentley Continental GT generasi sebelumnya yang menggunakan enjin lagenda W12 yang mampu menghasilkan 700 kuasa kuda. Dan sudah semestinya Model Bentley Continental GT generasi baharu ini yang telah diberikan plat nama Supersports ini adalah merupakan model yang berorientasikan pemandu yang pastinya menjadi idaman buat pemandu kereta sport sejati.

Bahagian Bentley Continental GT ini telah diberikan beberapa ciri penambahan rupa luaran yang cukup ekstensif yang berfungsi sebagai ciri memaksimumkan daya turun serta penjimatan berat. Kini terdapat splitter di bahagian bawah bampar yang paling besar yang dipasang pada model jalanan Bentley serta terdapat laluan angin yang akan memberikan udara tambahan sebagai ciri penyejukkan ke ruangan enjin dan juga brek.

Sama seperti model terdahulu, model Supersports ini juga hanya diberikan dua tempat tempat hadapan sahaja dengan tempat duduk belakang telah dikeluarkan, atas faktor membuang berat kereta dan juga barulah sport kan.

Kisah pembuangan berat kereta ini tidak berakhir begitu sahaja. Sudah tentu penggunaan bahan gentian fiber yang lebih ringan di bahagian bumbung, fascia hadapan bawah, diffuser belakang, dan sayap belakang. Malah tempat duduk juga kini lebih ringan tetapi lebih jitu bagi mengurangkan berat badan kereta secara keseluruhan. Ruangan tempat duduk belakang kini dihiasi dengan bahan gentian karbon juga.

Trenkuasa untuk Supersport ini tidaklah menggunakan sistem hibrid sebaliknya menggunakan enjin pembakaran sepenuhnya. Enjin V8 twin turbo 4.0 liter yang kini diperkukuhkan dengan beberapa ciri tambahan seperti kepala silinder yang dinaik taraf serta turbo yang lebih besar digunakan.

Kuasa 657 kuasa kuda dan tork 800 Nm berjaya diperolehi dengan mudah dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan ZF digunakan tetapi turut ditambah baik dengan penggunaan klac yang lebih baik untuk memberikan responsif yang lebih baik. Catatan masa 3.7 saat diperlukan untuk memecut dari titik 0 ke angka 100 km/j tanpa masalah.

Hanya sejumlah 500 unit sahaja akan dibina dan dijual dengan pembeli boleh memilih no yang menjadi pilihan. Siapa cepat dia dapat.

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT LE MANS – EDISI ISTIMEWA BERSEMPENA DENGAN KEMENANGAN DI GT LE MANS

BACA : BENTLEY CONTINENTAL GT SPEED COUPE, MEWAH DAN PADU!

Google ads

B K

Back to top button